Wednesday, July 4, 2007

Tangani segera isu telefon bimbit rakam adegan seks



Assalamualaikum. Harakah pada 4 Julai ada mengeluarkan issu telefon bimbit rakamkan adegan sex.Saya amat bersetuju dengan pendapat ketua muslimat pas tersebut.Usah pergi jauhlah..ditempat kerja saya sendiripun...amat ramai rakan-rakan yang menyimpan adegan tersebut di dalam phone masing-masing...dan pantang ada kesempatan waktu terluang jer...mereka akan melihat secara keseorangan atau berkumpulan...jika diajukan persoalan...jawapan ringkas mereka...alah...hanya seronok-seronok jer....Jika jawapan sama diucapkan oleh anak-anak perempuan kita akan datang..macamana????

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) – Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh berkata, kerosakan moral dan maruah di kalangan remaja tidak akan selesai jika menuding kepada golongan itu saja.

Katanya, yang perlu berperanan adalah orang dewasa bagi menangani perlakuan remaja yang semakin serius sekarang.

“Jika golongan dewasa membiarkan perkara ini berterusan pastinya masa hadapan anak-anak kita akan rosak,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ini katanya, perlakuan sumbang remaja sebagaimana dipaparkan media mengenai pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam merakam adegan seks dengan menggunakan kamera telefon bimbit sebelum tersebar di Internet dan menjadi kegilaan terbaru penggemar laman web lucah perlu dilihat dan diberikan perhatian oleh semua pihak.
Malah katanya, permasalahan akhlak remaja sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka perlu tindakan segera daripada kerajaan.

Sehubungan itu katanya, pendedahan pihak media berkaitan perkara tersebut perlu dilihat secara pro dan kontranya.

Ini katanya, jika tidak dilihat secara profesional, gambar dan cerita yang disiarkan boleh mendekatkan orang ramai kepada perlakuan maksiat.
“Ini pun satu ransangan untuk anak-anak remaja meniru aksi-aksi yang didedahkan pihak media.
“Kerana itu ibu bapa kena peka dengan perlakuan anak-anak walaupun anak mereka sudah besar,”jelasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, mereka yang meguar-uarkan masalah tersebut perlu berfikir secara rasional agar masalah itu tidak semakin parah.

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj