Monday, July 9, 2007

Seludup kereta mewah biayai kegiatan pengganas


KUALA LUMPUR 9 Julai – Jenayah curi kereta terutama kereta mewah semakin menjadi-jadi di negara ini apabila secara purata 1,000 kes kehilangan kereta dilaporkan setiap bulan dengan pihak polis melahirkan kebimbangan ada kemungkinan ia diseludup ke negara asing untuk membiayai aktiviti pertubuhan pengganas.

Laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia bertarikh 9 Julai ini adalah satu tindakkan kenyataan"melulu" tanpa melalui suatu fakta dan bukti kukuh.Di dalam kenyataan yang sama juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee menyatakan beliau tidak ada bukti kukuh untuk menyatakan kes kecurian kereta mewah dikaitkan dengan egen keganasan.Jadi,jika tidak ada bukti kukuh..kenapa perlu buat kenyataan sedemikian...bukankah itu satu fitnah awal dan mengeruhkan suasana yang tenang serta memberi satu persepsi yang buruk kepada Islam.

Sepatutnya kenyataan ini tidak boleh dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan seperti beliau selaku seorang yang profesional.Profesional terhadap kenyataan ialah dengan mengemukakan satu fakta dan bukti kukuh yang melibatkan tempoh masa,tempat,jumlah,kaedah kes jika perkara ini benar-benar berlaku.

ATAU...kemungkinan...kenyataan ini satu igauan baru...bagi "memerangkap" musuh politik pihak-pihak tertentu menjelang pilihanraya yang akan menjelang tidak berapa lama lagi?
Baca artikal asal.

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj