KHAR, Pakistan 9 Julai – Kira- kira 20,000 anggota suku kaum hari ini berikrar membalas dendam terhadap Presiden Jeneral Pervez Musharraf kerana mengepung Masjid Lal di Islamabad.
“Kami sedia berjihad!” laung para penunjuk perasaan – sebahagiannya memegang raifal Kalashnikov dan pelancar roket – yang berhimpun berhampiran Khar, bandar utama di daerah Bajour bersempadan Afghanistan.
Para komander tempatan yang pro-Taliban memberitahu, perang jihad perlu dilancarkan sebagai membalas tindakan ke atas Masjid Merah.
Konfrontasi berhubung masjid berkenaan, menurut kerajaan, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh tetapi para pemimpin masjid mendakwa, lebih 400 pelajar telah mati.
“Kami merayu kepada Tuhan supaya memusnahkan Pervez dan kami akan membalas dendam terhadap kekejaman yang dilakukan di Masjid Merah,” kata seorang komander, Maulvi Faqir Mohammed.
Maulvi Faqir sebelum ini dikaitkan dengan sebuah madrasah yang pernah dibom oleh tentera Pakistan pada Oktober 2006, menyebabkan kira-kira 80 orang terbunuh.
Anggota suku kaum yang berhimpun itu turut meluangkan “Mati Musharraf”, “Mati Amerika” dan “Sesiapa yang berkawan dengan Amerika adalah pengkhianat”.
“Pervez mesti menghentikan segera tindakannya ke atas Masjid Merah,” kata Maulvi Faqir.
– AFP
Tuesday, July 10, 2007
20,000 ikrar balas dendam Presiden Pakistan
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:44 AM