Friday, November 20, 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam - 2009


PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.



Read More......

Kenapa UMNO perlu bising bila Anuar dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor?

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara, kita lihat puak-puak UMNO tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Apa saja yang DSAI buat semuanya tak kena bagi UMNO. Apa yang mereka takut sangat dengan DSAI tu?

Kerajaan Negeri Selangor lantik DSAI sebagai Penasihat Ekonomi pun dikutuk dan diperkecil-kecilkan. Bekas MB Selangor anak Toyo yang hidup mewah secara melampau, dan dah berapa banyak repot salahguna kuasa dan rasuah beliau semasa menjadi MB Selangor itu di lapurkan kepada SPRM dan polis, tidak satu pun tindakan dibuat, tidak pula puak UMNO kutuk anak Toyo tu? Mungkin UMNO ni suka dan akan puji siapa yang lebih hebat rasuahnya, buat maksiatnya, salahguna kuasanya, menipunya dan hina Islamnya.

Pemimpin UMNO Selangor termasuk anak Toyo dan UMNO Terengganu saban hari mengutuk dan memperkecilk-kecilkan kemampuan DSAI dan menuduh kerajaan Selangor tak mampu nak tadbir dan itu sebab kena minta bantuan DSAI. Kita nak Tanya UMNO Selangor dan UMNO Terengganu, siapa Pengerusi Perhubungan UMNO kedua-dua negeri ini? Orang Terengganu ke? Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan Selangor sehinggakan terpaksa ambil orang Johor dan orang Pahang jadi ketua mereka? Nampak sangatlah UMNO kedua-dua negeri ni bodoh dan bangang belaka, yang mereka tahu hanyalah roboh rumah rakyat miskin, rampas tanah rakyat, roboh masjid dan surau dan rompak harta rakyat.

Begitu di Pusat, siapakah Penasihat Ekonomi Negara? Bukankah sebuah syarikat milik Yahudi telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara sejak Mahathir lagi sehingga sekarang? Pelik, puak Yahudi yang jelas musuh orang Islam dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negara. Agaknya itulah sebabnya perangai puak UMNO ni macam Yahudi juga jahatnya dan kuat menipunya.

Azmin Ali dikatakan memiliki saham berjuta, sedangkan sekiranya benar pun dia ada saham sebanyak itu, ketika itu bukankah beliau masih dalam UMNO? Mengapa tak siasat masa tu? Mana ada pemimpin UMNO yang tak ada saham berjuta-juta! Mungkin sekiranya Azmin masih lagi dalam UMNO, pasti isu ini tidak akan timbul, jika benar memang ada pun akan ditutup rapi.

UMNO sebenarnya sudah pening dan mengelabah. Orang Melayu dah ramai yang lari dari UMNO, orang bukan Melayu pula lagi dah tak percaya pada UMNO. Kini UMNO syok sendiri, ke sana sini kata UMNO dah kuat, dah stabil, sokongan dah meningkat. Macam orang hilang akal. Rakyat tengok dan baca kenyataan UMNO ni, hanya ketawa dan meluat saja. Biarkanlah si luncai terjun dengan labunya. Akhir nanti semuanya akan tenggelam hanyut. Itulah akhirnya hidup UMNO nanti setelah lebih 52 tahun menipu dan merompak hasil Negara dan harta rakyat. Kita sama-samalah berdoa agar UMNO cepat hancur demi menyelamatkan bangsa, agama dan Negara.


Read More......

Tuesday, April 7, 2009

Nizar dan Manikumar Menang

DI TAIPING

Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.








Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

















Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Ketika ditemui pada sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya.

Beliau dibenarkan menyampaikan ucapan dari pentas sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Kerajaan negeri Perak diterajui Pakatan Rakyat tumbang awal Februari lalu selepas tiga wakilnya keluar parti masing-masing dan kini bertindak sebagai anggota Bebas.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pengumuman keputusan terganggu apabila ribuan penyokong menghalang ketibaan kereta pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagi mengelakkan majlis pengumuman keputusan lewat, pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff terpaksa keluar dewan dalam keadaan hujan untuk memujuk penyokong Pakatan Rakyat memberi laluan kepada kenderaan pemimpin parti itu.

Beliau menenangkan mereka kira-kira 10 minit.Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

DI BUKIT SELAMBAU

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.
















Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

Beliau turut mengumumkan bahawa kesemua 13 calon Bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:

1. R Loganathan (kelapa sawit) - 31

2. Tan Hock Huat (kunci) - 78

3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60

6. L Sarala (basikal) - 49

7. A Jayagopal (payung) - 35

8. S Moganakumar (buku) - 46

9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29

10. Husaini Yaacob (bas) - 257

11.M Vaneson (ikan) - 32

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528

13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73

Sementara itu, Manikumar ketika ditemui selepas diumumkan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.

"Saya berterima kasih kerana pengundi memilih saya untuk memimpin mereka di masa hadapan dan saya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang memutuskan kita perlu menang dalam pilihan raya ini bagi mempertahankan kerusi ini.

"Hari ini ia telah menjadi realiti dan kita akan berjuang dengan lebih tinggi selepas ini untuk menuju ke satu tahap yang teratas," katanya.

Read More......

Monday, March 23, 2009

Nizar, bekas MB Perak calon PAS di Bukit Gantang

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dari PAS, malam ini diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Ia diumumkan di sini sebentar tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya memegang amanah jawatankuasa yang memutuskan nama beliau (Nizar)," kata beliau.

PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat petang tadi untuk memilih calon pihaknya.

From PAS ALBUM




Empat nama dipertimbangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Kini Nizar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang.

Nizar kehilangan jawatan Menteri Besar apabila kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat tumbang ekoran tindakan tiga ADUN keluar dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas tapi menyokong Barisan Nasional awal bulan lalu.

Beberapa hari kemudian kerusi Bukit Gantang menjadi kosong.

Pengumuman calon Pakatan Rakyat ini dibuat kira-kira 10 hari selepas BN mengumumkan calonnya, Ismail Saffian.

Penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 8 Februari lalu.

Roslan mengalahkan Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1,566 pada pilihan raya umum tahun lalu.

Seorang lagi calon bebas M. Mogan hilang wang pertaruhan dengan hanya 882 undi.

Pengundi Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus, Cina 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan lain-lain kaum 0.2 peratus.

Jumlah pengundi mengikut kaum Parlimen Bukit Gantang dan tiga kerusi DUN dalam kawasan itu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong mempunyai pecahan peratusan kaum yang hampir sama di Perak.

Read More......

Sunday, March 8, 2009

2008: Kelahiran baru nasionalisme


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan tsunami politik yang melanda negara setahun lalu sebagai "kelahiran baru nasionalime".

Dalam ucapannya sempena ulangtahun setahun pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Anwar menggesa pakatan pembangkang supaya mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan pergerakan tersebut.

Beliau mahu mereka mengajak rakyat supaya bersama-sama dengan 'kelahiran baru nasionalisme' itu bagi membina negara atas prinsip keadilan, kesaksamaan dan peluang untuk semua.

Anwar adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan gerakan reformasi pada 1998 dan 10 tahun kemudiannya - dalam pilihanraya umum 2008 - pembangkang berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malah, Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihanraya umum tersebut.

"Jika anda mengundi kami pada 2008, maka anda adalah sebahagian daripada sejarah. Ketahuilah, undi anda dalam pilihanraya akan datang, akan menentukan halatuju masa depan negara.

"Jangan lepaskan peluang ini. Saya minta semua rakyat Malaysia yang berkongsi impian ini, supaya bersama-sama dengan gerakan untuk perubahan ini," katanya.

Anwar turut membidas kerajaan BN yang menurutnya, walaupun lebih setengah abad berkuasa dan bercakap tetapi pembaharuan, tetapi semuanya berupa "cakap tak serupa bikin".

Ucapan penuh

Read More......

Saturday, March 7, 2009

Bahasa Inggeris: PM mahu keputusan dibuat segera elak masalah besar


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar.

Abdullah mengeluarkan kenyataan di ibu negara beberapa jam selepas Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar tersebut.

GMP menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi manakala beratus-ratus penyokongnya merempuh sekatan polis berhampiran Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara tetapi berjaya disuraikan dengan tembakan gas pemedih mata.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khusunya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.

"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanantekanan dan tindakantindakan NGO (Badan Bukan Kerajaan) akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan novel "Dragon Fire Hammer" di sini hari ini.

Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan PPSMI.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Pelajaran buat masa ini belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil itu.

"Dengan adanya keputusan-keputusan peperiksaan yang boleh memberi asas kepada kementerian untuk membuat keputusan, maka saya percaya keputusan itu perlu menjadi keputusan yang baik bagi mengukuhkan kepentingan rakyat dan masa depan kita," katanya.

Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003, telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Isu tersebut bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertainya.

Sumber berita

Read More......

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.
















"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN. Image

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka Image

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat. Image

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama.

Sumber dari

Read More......

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj