Wednesday, July 4, 2007

PAS kemukakan formula ajaib dalam Debat Perdana RTM



Harakah 4 Julai 2007


– Wakil PAS yang menyertai Debat Perdana anjuran RTM1 telah berjaya mengemukakan formula ajaib berdasarkan Firman Allah SWT.


AJK PAS yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad telah membacakan sepotong ayat suci Al-Quran dengan fasih yang bererti,"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu semua menyerahkan sesuatu amanah kepada mereka yang ahli mengenai perkara itu."
Debat musim ketujuh yang diadakan di dalam studio itu dipengerusikan oleh Kolumnis akhbar, Dato' Johan Jaaffar disiarkan secara langsung menerusi TV1 yang berkisar soal Dasar Ekonomi Baru (DEB).


Suasana debat kali ini menyaksikan panelis dan Johan seperti terpaksa menjawab kenyataan tepat, bernas dan berfakta yang telah dikemukakan oleh Dr Dzulkifli.


Akibat tidak tahan dengan hujah wakil PAS mengenai penurunan persaingan ekonomi Malaysia di mata antarabangsa, lalu Johan tidak semena-mena meminta Dr Dzulkifli mengemukakan formula ajaib yang dirasakan tidak mampu disebutkan dalam suasana sebegitu.


Lantas Dzulkifli dapat melepasi ujian itu dengan penuh kebijaksanaan mengungkapkan sebuah Firman Allah SWT sehingga Johan mati kutu dan tersipu-sipu malu.


Dua panelis lain, Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim turut mengakui dan bersetuju dengan kenyataan Dr Dzulkifli mengenai kegagalan pelaksanaan DEB selama ini.


Malah Dato' Mukhriz sendiri menyatakan wujudnya sikap 'Ali Baba' di dalam pelaksanaan projek yang diberikan pada orang Melayu mengakibatkan berlakulah kegagalan dasar yang diadakan untuk membantu bangsa Melayu.


Sementara itu ketika bercakap, Razali Ibrahim dengan terus terang mengakui berlakunya pengkhianatan oleh orang Melayu Umno sendiri yang dipilih mewakili Melayu tetapi mereka tidak amanah sehinggakan merosakkan nama bangsa sendiri.

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj