Cekik leher, humban cikgu?????
Apa dah nak jadi dengan anak-anak..pelajar kita ni????
JOHOR BAHRU: Gara-gara menegur sekumpulan sembilan pelajar lelaki tingkatan lima kerana membuat bising, seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, mengalami trauma paling dahsyat sepanjang karier perguruannya apabila lehernya dicekik seorang daripada pelajar terbabit, kelmarin.Harian Metro difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit membuat bising dalam tandas sekolah ketika guru berusia lingkungan 20-an itu sedang mengajar di kelas tingkatan tiga berdekatan.
Tindakan pelajar terbabit mengganggu pengajaran dan pembelajaran di kelas berkenaan menyebabkan guru itu menegur perbuatan mereka, namun sebaliknya mereka mengejek dan mempermainkan guru terbabit.
Ini menyebabkan guru itu berasa dirinya tidak dihormati dan mengarahkan kumpulan pelajar terbabit keluar dari tandas sebelum didenda ketuk ketampi.Bagaimanapun, enam daripada sembilan pelajar terbabit melarikan diri kecuali tiga yang pada mulanya berdiri sebelum berjalan dan tidak mengendahkan arahan guru itu.
Berang dengan sikap kurang ajar pelajar terbabit, guru itu sempat menarik baju seorang daripada pelajar terbabit, sebelum pelajar itu mencekik, mengangkat dan menolak guru itu ke dinding.Tindakan pelajar terbabit membahayakan keselamatan guru itu kerana mereka berada di tingkat paling atas bangunan sekolah berkenaan dan memungkinkan kejadian tidak diingini berlaku.
Kejadian itu turut dilihat seorang guru wanita lain yang menjerit mengarahkan pelajar terbabit menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan hingga dimarahi seorang guru lelaki sejurus kemudian.Akibat kejadian itu, guru yang menerima Anugerah Guru Cemerlang tahun lalu dan berkhidmat sejak tiga tahun lalu, terpaksa dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Difahamkan, guru berkenaan juga terpaksa mendapat rawatan lanjutan di Hospital Kota Tinggi malam tadi, kerana lebam di leher hingga menghadapi kesukaran menggerakkan lehernya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Menurutnya, pihaknya sudah memanggil ibu bapa dan pelajar terbabit serta bersemuka dengan guru berkenaan, malam tadi.Namun, katanya, kertas siasatan masih dibuka bagi menjalankan siasatan atas permintaan guru itu.
Sehingga kini, katanya, pihaknya tidak tahu sama ada pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin atau tidak, namun akan menjalankan siasatan terperinci.“Kami memandang serius kejadian ini kerana akibat dicekik dan ditolak ke dinding, guru berkenaan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana bengkak leher.“Bagaimanapun, semuanya bergantung pada guru berkenaan sama ada ingin meneruskan atau menarik balik laporan. Buat masa ini, kami tetap jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, malam tadi.
Sementara itu, guru berkenaan enggan ditemubual kerana khuatir masa depan kariernya, selain tidak mahu menjejaskan siasatan polis.Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon gagal dihubungi kerana mengikuti Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau 2007 di Pulau Pemanggil dan Pulau Aur, malam tadi.
Saturday, July 28, 2007
Cekik leher, humban cikgu
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:22 AM
Tuesday, July 17, 2007
PAS rakam takziah kepada keluarga mangsa Nuri
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) – Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga keenam-enam anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat helikopter Nuri di Genting Sempah, Genting Highlands yang berjaya dikesan petang tadi.
Seluruh ahli dan pimpinan PAS mendoakan semoga roh mereka yang terkorban itu akan ditempatkan oleh Allah SWT di kalangan mereka yang soleh.
"Sesungguhnya keenam-enam mereka terkorban semasa menjalankan tugas untuk negara dan sewajarnya diberikan penghormatan tertinggi dan kaum keluarga mereka diberikan pampasan yang setimpal," kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan medianya hari ini.
Dalam pada itu PAS menggesa kerajaan khasnya Kementerian Pertahanan agar menghentikan serta-merta perkhidmatan pesawat helikopter pengangkutan Nuri atau Sikorsky S61 buatan Amerika Syarikat ini. Baca artikal asal
Mengulas kejadian ini....Utusan melayu hari ini melapurkan..Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Menteri Pertahanan petang tadi berkata nahas itu dipercayai berpunca daripada faktor cuaca buruk. Baca artikal asal...sepatutnya najib tidak mengeluarkan kenyataan awal mengenai punca kejadian ini.Mayat-mayat mangsa belum dikeluarkan dari lokasi terbabit,bedah siasat oleh pihak hospital belum dibuat...jawatankuasa siasatan belum ditubuh dan dijalankan...kotak hitam belum di periksa...jadi..kenapa najib mendahului ini semua????Tidak lain dan tidak bukan...semata-mata mahu melepaskan diri dari tomahan dan pertanggungjawapan.Kita sedia maklum...pesawat ini mula digunakan oleh tentera kita pada tahun 1968.Pesawat ini sudah tidak sesuai lagi dengan teknikal semasa..keperluan semasa dan keselamatan kepada pengguna-pengguna alat tersebut.
Untuk itu..marilah kita sama-sama nilai qualiti pemimpin-pemimpin kita...sikap tanggungjawab mereka,sosial mereka dan agama mereka...fikir dan buatlah keputusan yang bijak.
Wassalam
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 10:01 AM
Tuesday, July 10, 2007
Malaysia tidak menghalang seseorang keluar daripada Islam?kata PM
Satu berita malang bagi umat Islam khususnya di Malaysia
Kontroversi ucapan Abdullah - Forkad seru PM segera bertaubat!
Intan Abdullah Tue Jul 10, 07 01:36:52 PM
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) menyeru kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar segera bertaubat ekoran kenyataan beliau dalam Seminar Islam Antarabangsa di Putrajaya yang menyatakan bahawa Malaysia tidak menghalang seseorang keluar daripada Islam.
Hari ini, beberapa media antarabangsa seperti Reuters dan Japan Today dilaporkan sedang menyebarkan kenyataan beliau dengan menyatakan 'Malaysia does not forbid Muslims from converting, PM says'.
Kenyataan PM ini amat mengelirukan dan menyebabkan ramai yang tertanya-tanya dengan pendirian sebenar ketua negara Malaysia yang menjadikan Islam Hadhari sebagai teras utama pemerintahannya.
"Forkad berasa kesal dengan sikap dolak dalih PM yang mempunyai dua sisi yang berbeza apabila bercakap. PM selaku ketua negara diselar kerana bersikap lembut terhadap usaha-usaha memperlekehkan Islam," kata Pengerusi Forkad, Ustaz Ridhuan Mohd Nor.
"Tetapi apabila beliau berada dalam kelompok mereka yang bukan Islam, PM bercakap senada dengan mereka," ujarnya kesal.
Menurutnya, PM mungkin terlupa peristiwa kebangkitan umat Islam terhadap isu murtad dengan mengadakan himpunan di Masjid Wilayah Persekutuan dan selepas itu PM meminta supaya pihak yang tertentu tidak berusaha mempromosi murtad dan tidak mengusik isu umat Islam.
Ridhuan berkata, Forkad akan mengadakan 'roadshow' bagi menjelaskan kemunafikan PM kepada umum bagi memberi maklumat yang tepat terhadap isu agama Islam yang sedang dipandang serong dan rendah ini.
Beliau turut menempelak pandangan PM tersebut yang dilihat terpengaruh dengan Islam Liberal yang semakin berleluasa.
Menerusi media tersebut PM dilaporkan semalam sebagai berkata pihak berkuasa agama seharusnya lebih memahami isu-isu yang membabitkan kes murtad sehingga menyebabkan imej Malaysia sebagai negara yang progresif dan mengamalkan Islam secara sederhana dipersoalkan.
"Saya selalu memberitahu kepada jabatan agama untuk mendengar rungutan mereka yang berhasrat untuk murtad. Kita hendaklah bersedia untuk mendengar dan menyelesaikan masalah mereka," katanya kepada pemberita semasa Seminar Islam Antarabangsa semalam.
"Ini bukan sesuatu yang tidak boleh dibuat (murtad). Ia pernah terjadi sebelum ini. Kepada sesiapa yang tidak mahu lagi menganuti Islam, apa yang boleh anda lakukan ke atas mereka ?" kata Abdullah.
Malaysia baru sahaja menghadapi situasi berkecamuk dan perbahasan yang penuh emosi melibatkan penganut Islam yang gagal untuk mengumumkan tindakan mereka menukar agama. - mr
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:07 AM
20,000 ikrar balas dendam Presiden Pakistan
KHAR, Pakistan 9 Julai – Kira- kira 20,000 anggota suku kaum hari ini berikrar membalas dendam terhadap Presiden Jeneral Pervez Musharraf kerana mengepung Masjid Lal di Islamabad.
“Kami sedia berjihad!” laung para penunjuk perasaan – sebahagiannya memegang raifal Kalashnikov dan pelancar roket – yang berhimpun berhampiran Khar, bandar utama di daerah Bajour bersempadan Afghanistan.
Para komander tempatan yang pro-Taliban memberitahu, perang jihad perlu dilancarkan sebagai membalas tindakan ke atas Masjid Merah.
Konfrontasi berhubung masjid berkenaan, menurut kerajaan, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh tetapi para pemimpin masjid mendakwa, lebih 400 pelajar telah mati.
“Kami merayu kepada Tuhan supaya memusnahkan Pervez dan kami akan membalas dendam terhadap kekejaman yang dilakukan di Masjid Merah,” kata seorang komander, Maulvi Faqir Mohammed.
Maulvi Faqir sebelum ini dikaitkan dengan sebuah madrasah yang pernah dibom oleh tentera Pakistan pada Oktober 2006, menyebabkan kira-kira 80 orang terbunuh.
Anggota suku kaum yang berhimpun itu turut meluangkan “Mati Musharraf”, “Mati Amerika” dan “Sesiapa yang berkawan dengan Amerika adalah pengkhianat”.
“Pervez mesti menghentikan segera tindakannya ke atas Masjid Merah,” kata Maulvi Faqir.
– AFP
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:44 AM
Kerajaan batal serta-merta kenaikan harga beras
KUALA LUMPUR 9 Julai – Kerajaan hari ini membatalkan serta-merta kenaikan harga beras import di peringkat pemborong yang diumumkan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) minggu lalu.
Utusan Malaysia online pada 9 Julai melaporkan "Kerajaan batal serta-merta kenaikan harga beras".Tahniah dan terima kasih diucapkan. Ini bermakna haga beras kembali seperti harga biasa.Memetik ucapan menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin
Bernas telah menaikan harga pada 1 Julai pada peringkat pemborong dan surat pemohonan kenaikan dihantar ke kementeriannya bertarikh 3 Julai dan diterima pada 5 Julai.
‘‘Apabila telah berlaku (harga beras dinaikkan), baru ia sampai kepada kita,” kata Muhyidin.
Mengulas senario kes ini...
Pertama kita ucapkan terima kasih kepada kementerian kerana berjaya menyekat kenaikan harga beras yang merupakan makanan asas penduduk malaysia.
Kedua..kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara kementerian dengan agensi kerajaan itu(Bernas).Jika kita kembali sejenak sewaktu dibangku sekolah dulu..guru bahasa Malaysia menyuruh kita membina beberapa ayat dengan memberikan kita beberapa perkataan.Setelah latihan itu siap..kita hantar untuk disemak oleh guru.Setelah disemak cikgu pangkah kepada semua jawapan yang dituliskan. Kata cikgu..jawapan kamu betul...tetapi cikgu terpaksa pangkah(salah) disebabkan ayat kamu tidak sampai maksud.
Jadi,melalui perumpamaan kisah di atas bermaksud ..kementerian bersusah payah mengubal dasar dan peraturan..tetapi segala dasar dan peraturan tersebut tidak diketahui oleh pihak sasaran.
Jadi...siapa yang sepatutnya disalahkan....baca artikal asal
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:05 AM
Monday, July 9, 2007
Seludup kereta mewah biayai kegiatan pengganas
Laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia bertarikh 9 Julai ini adalah satu tindakkan kenyataan"melulu" tanpa melalui suatu fakta dan bukti kukuh.Di dalam kenyataan yang sama juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee menyatakan beliau tidak ada bukti kukuh untuk menyatakan kes kecurian kereta mewah dikaitkan dengan egen keganasan.Jadi,jika tidak ada bukti kukuh..kenapa perlu buat kenyataan sedemikian...bukankah itu satu fitnah awal dan mengeruhkan suasana yang tenang serta memberi satu persepsi yang buruk kepada Islam.
Sepatutnya kenyataan ini tidak boleh dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan seperti beliau selaku seorang yang profesional.Profesional terhadap kenyataan ialah dengan mengemukakan satu fakta dan bukti kukuh yang melibatkan tempoh masa,tempat,jumlah,kaedah kes jika perkara ini benar-benar berlaku.
ATAU...kemungkinan...kenyataan ini satu igauan baru...bagi "memerangkap" musuh politik pihak-pihak tertentu menjelang pilihanraya yang akan menjelang tidak berapa lama lagi?
Baca artikal asal.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 11:24 PM
Wednesday, July 4, 2007
Tangani segera isu telefon bimbit rakam adegan seks
Assalamualaikum. Harakah pada 4 Julai ada mengeluarkan issu telefon bimbit rakamkan adegan sex.Saya amat bersetuju dengan pendapat ketua muslimat pas tersebut.Usah pergi jauhlah..ditempat kerja saya sendiripun...amat ramai rakan-rakan yang menyimpan adegan tersebut di dalam phone masing-masing...dan pantang ada kesempatan waktu terluang jer...mereka akan melihat secara keseorangan atau berkumpulan...jika diajukan persoalan...jawapan ringkas mereka...alah...hanya seronok-seronok jer....Jika jawapan sama diucapkan oleh anak-anak perempuan kita akan datang..macamana????
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) – Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh berkata, kerosakan moral dan maruah di kalangan remaja tidak akan selesai jika menuding kepada golongan itu saja.
Katanya, yang perlu berperanan adalah orang dewasa bagi menangani perlakuan remaja yang semakin serius sekarang.
“Jika golongan dewasa membiarkan perkara ini berterusan pastinya masa hadapan anak-anak kita akan rosak,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ini katanya, perlakuan sumbang remaja sebagaimana dipaparkan media mengenai pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam merakam adegan seks dengan menggunakan kamera telefon bimbit sebelum tersebar di Internet dan menjadi kegilaan terbaru penggemar laman web lucah perlu dilihat dan diberikan perhatian oleh semua pihak.
Malah katanya, permasalahan akhlak remaja sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka perlu tindakan segera daripada kerajaan.
Sehubungan itu katanya, pendedahan pihak media berkaitan perkara tersebut perlu dilihat secara pro dan kontranya.
Ini katanya, jika tidak dilihat secara profesional, gambar dan cerita yang disiarkan boleh mendekatkan orang ramai kepada perlakuan maksiat.
“Ini pun satu ransangan untuk anak-anak remaja meniru aksi-aksi yang didedahkan pihak media.
“Kerana itu ibu bapa kena peka dengan perlakuan anak-anak walaupun anak mereka sudah besar,”jelasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, mereka yang meguar-uarkan masalah tersebut perlu berfikir secara rasional agar masalah itu tidak semakin parah.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:22 PM
PAS kemukakan formula ajaib dalam Debat Perdana RTM
Harakah 4 Julai 2007
AJK PAS yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad telah membacakan sepotong ayat suci Al-Quran dengan fasih yang bererti,"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu semua menyerahkan sesuatu amanah kepada mereka yang ahli mengenai perkara itu."
Debat musim ketujuh yang diadakan di dalam studio itu dipengerusikan oleh Kolumnis akhbar, Dato' Johan Jaaffar disiarkan secara langsung menerusi TV1 yang berkisar soal Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Suasana debat kali ini menyaksikan panelis dan Johan seperti terpaksa menjawab kenyataan tepat, bernas dan berfakta yang telah dikemukakan oleh Dr Dzulkifli.
Akibat tidak tahan dengan hujah wakil PAS mengenai penurunan persaingan ekonomi Malaysia di mata antarabangsa, lalu Johan tidak semena-mena meminta Dr Dzulkifli mengemukakan formula ajaib yang dirasakan tidak mampu disebutkan dalam suasana sebegitu.
Lantas Dzulkifli dapat melepasi ujian itu dengan penuh kebijaksanaan mengungkapkan sebuah Firman Allah SWT sehingga Johan mati kutu dan tersipu-sipu malu.
Dua panelis lain, Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim turut mengakui dan bersetuju dengan kenyataan Dr Dzulkifli mengenai kegagalan pelaksanaan DEB selama ini.
Malah Dato' Mukhriz sendiri menyatakan wujudnya sikap 'Ali Baba' di dalam pelaksanaan projek yang diberikan pada orang Melayu mengakibatkan berlakulah kegagalan dasar yang diadakan untuk membantu bangsa Melayu.
Sementara itu ketika bercakap, Razali Ibrahim dengan terus terang mengakui berlakunya pengkhianatan oleh orang Melayu Umno sendiri yang dipilih mewakili Melayu tetapi mereka tidak amanah sehinggakan merosakkan nama bangsa sendiri.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 12:02 PM
Saman Mahathir, Anwar dakwa keputusan Mahkamah Tinggi tidak adil!
KUALA LUMPR, 4 Julai (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini mengketepikan saman fitnah terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed tanpa membenarkannya dibawa ke perbicaraan terbuka jelas sekali suatu ketidakadilan, kata ketua Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Katanya keputusan untuk tidak membicarakan secara terbuka kes itu nyata satu ketidakadilan terhadap diri keluarga dan rakan-rakannya, kata Anwar.
Beliau berkata demikian semasa mengulas keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Tengku Maimun Tuan Mat berhubung permohonan pembatalan saman yang dibuat oleh Mahathir terhadap Anwar dalam kes saman malu Anwar mengenai tuduhan Mahathir dalam satu progam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Keputusan ini juga menggambarkan kedudukan keadilan di Malaysia, katanya.
"Di dalam mencapai keputusannya, Tengku Maimun telah memilih untuk tidak mengendahkan hujah-hujah perundangan yang telah dibentangkan peguam saya kepada mahkamah untuk memberikan sebab mengapa Dr. Mahathir mesti menjawab saman saya kerana membuat kenyataan liar dan berniat jahat terhadap peribadi saya,"katanya.
Di atas sebab itu membuatkan beliau terpaksa menyatakan keputusan ini langsung tiada nilai perundangan, kata Anwar.
"Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk memfailkan rayuan serta-merta,"katanya.
Terdahulu Peguam bagi pihak Anwar, Sankara N.Nair berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Sivil hari ini yang menerima permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan saman malu Anwar.
Sankara yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Hakim Dato' Tengku Maimun Tuan Mat membacakan keputusan permohonan Dr Mahathir membatalkan saman malu Anwar itu berkata, pihaknya terkejut dengan keputusan hakim itu.
Bagaimanapun beliau telah dimaklumkan Anwar supaya membuat rayuan ke atas keputusan itu, katanya.
Mengulas mengenai keputusan itu beliau berkata, sepatutnya dalam kes itu boleh dibicarakan di mahkamah memandangkan pihak Anwar mempunyai bukti yang kuat untuk diperdengar dalam perbicaraan.
Terdahulu, dalam Mahkamah Tinggi Sivil Hakim dalam keputusannya berkata, permohonan Dr Mahathir bagi mengetepikan saman fitnah oleh Anwar Ibrahim kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diterima mahkamah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan saman Anwar itu.
Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Tengku Maimon Tuan Mat berkata, saman Anwar terhadap Dr Mahathir itu tidak dapat diterima, demikian menurut laporan Bernama.
Pada 5 Januari lalu, Dr Mahathir memohon untuk mengetepikan saman fitnah Anwar dengan mendakwa ia bersifat skandal, remeh atau menyusahkan.
Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr Mahathir dengan mendakwa kata-kata Dr Mahathir itu bersifat fitnah.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata Dr Mahathir menyedari sepenuhnya bahawa sebahagian besar daripada kata-kata itu bertujuan memalukan beliau dalam kedudukan peribadi dan rasminya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri serta bekas Menteri Kewangan dan ia akan disiarkan dalam media tempatan serta asing.
Selain gantirugi am dan teladan, Anwar turut memohon perintah bagi menghalang Dr Mahathir atau ejennya daripada menuturkan atau menerbitkan kata-kata seperti itu di masa depan.
Dr Mahathir, dalam pernyataan pembelaannya, berkata beliau bergantung kepada hak keistimewaan sebagai bekas Perdana Menteri ketika membuat kenyataan itu.
Katanya, beliau mengucapkan kata-kata itu di persidangan yang dianjurkan oleh Suhakam di mana hak keistimewaan itu terpakai seperti yang dinyatakan dalam Akta Fitnah 1957.
Dr Mahathir juga berkata pada 9 September 2005 kata-kata itu dibuat atas kepentingan awam dan menjadi tanggungjawab moral beliau untuk memaklumkan mengenai salah laku Anwar.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 11:51 AM
Dr. Mahathir berjaya ketepikan saman Anwar
KUALA LUMPUR 4 Julai — Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berjaya mengetepikan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tengku Maimon Tuan Mat dalam keputusannya berkata, saman Anwar terhadap Dr. Mahathir itu tidak dapat diterima.
Pada 5 Januari lepas, Dr. Mahathir memohon untuk mengetepikan saman fitnah Anwar dengan mendakwa ia bersifat skandal, remeh atau menyusahkan.
Pada 26 Januari, 2006, Anwar memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr. Mahathir dengan mendakwa kata-kata Dr. Mahathir itu bersifat fitnah.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata, Dr. Mahathir menyedari sepenuhnya bahawa sebahagian besar daripada kata-kata itu bertujuan memalukan beliau dalam kedudukan peribadi dan rasminya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan dan ia akan disiarkan dalam media tempatan serta asing.
Selain ganti rugi am dan teladan, Anwar turut memohon perintah bagi menghalang Dr. Mahathir atau ejennya daripada menuturkan atau menerbitkan kata-kata seperti itu di masa depan.
Dr. Mahathir, dalam pernyataan pembelaannya, berkata, beliau bergantung kepada hak keistimewaan sebagai bekas Perdana Menteri ketika membuat kenyataan itu.
Katanya, beliau mengucapkan kata-kata itu pada persidangan yang dianjurkan oleh Suhakam di mana hak keistimeaan itu terpakai seperti yang dinyatakan dalam Akta Fitnah 1957.
Dr. Mahathir juga berkata pada 9 September, 2005 kata-kata itu dibuat atas kepentingan awam dan menjadi tanggungjawab moral beliau untuk memaklumkan mengenai salah laku Anwar. - Bernama
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 11:44 AM