Emm..Utusan Malaysia 27 August melapurkan polis trafik telah memberi tempoh dua minggu kepada syarikat dan pengusaha bas di seluruh negara bagi menyelesaikan 70,000 saman tertunggak pemandu bas yang dianggarkan bernilai RM20 juta. Kepada pihak berkuasa(polis trafik)...malulah kepada rakyat jelata..anda telah mengeluarkan saman berjumlah 70,000...so,anda buat apa..sehinggakan membiarkan begitu saja....dan..akibat tindakan anda dah berapa banyak nyawa telah melayang...JADI...kami rakyat Malaysia..Tidak mahu melihat pihak polis trafik bekerja sekadar berkala dan selepas berlaku musibah...dan hanya untuk menyelesai masalah sementara.'Sepatutnya..pihak berkuasa bertindak untuk mengelak dan meminimumkan musibah' dan bertindak untuk jangkamasa panjang.
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Polis trafik memberi tempoh dua minggu bermula hari ini kepada 293 syarikat dan pengusaha bas di seluruh negara bagi menyelesaikan 70,000 saman tertunggak pemandu bas yang dianggarkan bernilai RM20 juta.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II, Hamza Taib berkata, sekiranya saman itu gagal diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai tertinggi syarikat terbabit bakal dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjara.
Jumlah 70,000 saman tersebut merupakan pelbagai kesalahan yang dilakukan para pemandu bas sejak tahun 1999 sehingga kini.
“Dalam tempoh itu, terdapat 114,369 saman dikeluarkan ke atas para pemandu bas dan daripada jumlah itu hanya 44,499 saman telah diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini.
Hamza berkata, terdapat peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan tindakan diambil terhadap para pegawai tertinggi syarikat pengangkutan sekiranya saman trafik pemandu bas mereka tidak dijelaskan.
Menurut beliau, jika saman-saman itu tidak dijelaskan dalam tempoh dua minggu, pegawai trafik akan dihantar ke premis-premis yang dikenal pasti dan saman POL 257 akan dikeluarkan.
‘‘Saman POL 257 diserahkan kepada pegawai tertinggi syarikat terbabit seperti pengarah urusan dan pengurus besar.
‘‘Mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu. Jika masih gagal, tindakan mahkamah akan diambil termasuk mengeluarkan waran tangkap,’’ katanya.
Hamza memberitahu, tindakan itu diambil berikutan kemalangan bas ekspres semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan terdapat pemandu bas yang mempunyai rekod buruk masih dibenarkan memandu.
‘‘Kali ini tidak ada alasan lagi. Tindakan akan dikenakan ke atas syarikat-syarikat bas yang tidak membayar saman dan membenarkan pemandu yang tidak berdisiplin memandu,’’ ujarnya.
Beliau berkata, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu bas ekspres ialah memandu melebihi had laju.
‘‘Bagi menjaga keselamatan penumpang, polis tidak akan berlembut dengan syarikat-syarikat bas terbabit.
“Tempoh yang diberikan tidak akan disambung. Masa dua minggu sudah mencukupi untuk mereka melangsaikan saman,” katanya.