Tuesday, August 28, 2007

Pengusaha bas diberi tempoh dua minggu bayar 70,000 saman

Emm..Utusan Malaysia 27 August melapurkan polis trafik telah memberi tempoh dua minggu kepada syarikat dan pengusaha bas di seluruh negara bagi menyelesaikan 70,000 saman tertunggak pemandu bas yang dianggarkan bernilai RM20 juta. Kepada pihak berkuasa(polis trafik)...malulah kepada rakyat jelata..anda telah mengeluarkan saman berjumlah 70,000...so,anda buat apa..sehinggakan membiarkan begitu saja....dan..akibat tindakan anda dah berapa banyak nyawa telah melayang...JADI...kami rakyat Malaysia..Tidak mahu melihat pihak polis trafik bekerja sekadar berkala dan selepas berlaku musibah...dan hanya untuk menyelesai masalah sementara.'Sepatutnya..pihak berkuasa bertindak untuk mengelak dan meminimumkan musibah' dan bertindak untuk jangkamasa panjang.

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Polis trafik memberi tempoh dua minggu bermula hari ini kepada 293 syarikat dan pengusaha bas di seluruh negara bagi menyelesaikan 70,000 saman tertunggak pemandu bas yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II, Hamza Taib berkata, sekiranya saman itu gagal diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai tertinggi syarikat terbabit bakal dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjara.

Jumlah 70,000 saman tersebut merupakan pelbagai kesalahan yang dilakukan para pemandu bas sejak tahun 1999 sehingga kini.

“Dalam tempoh itu, terdapat 114,369 saman dikeluarkan ke atas para pemandu bas dan daripada jumlah itu hanya 44,499 saman telah diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini.

Hamza berkata, terdapat peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan tindakan diambil terhadap para pegawai tertinggi syarikat pengangkutan sekiranya saman trafik pemandu bas mereka tidak dijelaskan.

Menurut beliau, jika saman-saman itu tidak dijelaskan dalam tempoh dua minggu, pegawai trafik akan dihantar ke premis-premis yang dikenal pasti dan saman POL 257 akan dikeluarkan.

‘‘Saman POL 257 diserahkan kepada pegawai tertinggi syarikat terbabit seperti pengarah urusan dan pengurus besar.

‘‘Mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu. Jika masih gagal, tindakan mahkamah akan diambil termasuk mengeluarkan waran tangkap,’’ katanya.

Hamza memberitahu, tindakan itu diambil berikutan kemalangan bas ekspres semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan terdapat pemandu bas yang mempunyai rekod buruk masih dibenarkan memandu.

‘‘Kali ini tidak ada alasan lagi. Tindakan akan dikenakan ke atas syarikat-syarikat bas yang tidak membayar saman dan membenarkan pemandu yang tidak berdisiplin memandu,’’ ujarnya.

Beliau berkata, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu bas ekspres ialah memandu melebihi had laju.

‘‘Bagi menjaga keselamatan penumpang, polis tidak akan berlembut dengan syarikat-syarikat bas terbabit.

“Tempoh yang diberikan tidak akan disambung. Masa dua minggu sudah mencukupi untuk mereka melangsaikan saman,” katanya.

Read More......

Monday, August 27, 2007

Kelantan lancar sistem data rekod perkahwinan e-Nikah

Tahniah kepada kerajaan Kelantan....amnya dan Tuan Guu Nik Aziz...khasnya.

KOTA BHARU 26 Ogos – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra hari ini berkenan melancarkan sistem e-Nikah iaitu sistem pengurusan rekod perkahwinan orang Islam secara elektronik.

Selain salah satu usaha memartabatkan pengurusan Islam di negeri itu, e-Nikah juga membolehkan tahap perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dipertingkatkan.

Ia juga dijangka dapat mengatasi kelemahan sistem fail secara konvensional yang diamalkan kini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap pada majlis tersebut berkata, e-Nikah dibangunkan menggunakan kaedah antaramuka web yang hanya memerlukan sambungan ke Internet bagi membolehkan seseorang menggunakan sistem itu.

Katanya, ia mengandungi sekurang-kurangnya tujuh modul yang utama iaitu modul pra per perkahwinan, modul benar nikah, modul pendaftaran perkahwinan, modul pendaftaran perceraian, modul pendaftaran rujuk, modul pengeluaran kad nikah dan modul carian dan pengesahan.

‘‘Modul yang masih dalam pembinaan adalah seperti modul Informasi Keluarga Islam (IKIS) yang akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

‘‘Modul ini boleh menyimpan maklumat satu-satu keluarga secara terperinci dan mungkin suatu masa nanti pengguna boleh mendapatkan salasilah sesuatu keluarga dengan mudah berdasarkan maklumat berkenaan,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, kesemua modul yang dibangunkan itu adalah mengikut prosedur yang diguna pakai berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.

‘‘Antara kelainan sistem ini adalah penggunaan tulisan jawi yang digunapakai khususnya dalam pengeluaran surat kebenaran dan sijil-sijil,” tambahnya.

Katanya, dengan menggunakan kaedah penukaran automatik dan manual, ia sedikit sebanyak memudahkan dan mencepatkan proses memasukkan data.

Justeru, beliau berharap kejayaan itu adalah suatu permulaan kepada perubahan yang boleh dikongsi antara agensi berkaitan dan sentiasa menerima penambahbaikan demi kecemerlangan pengurusan Islam yang cekap dan berkualiti.

Read More......

Felda beli Twin Rivers untuk tembusi pasaran minyak sayuran Amerika

Opp!Besarnya pelaburan ini...harapan RAKYAT JELATA... moga ianya telus dan berdaya maju dan bukannya hanya "penyedap halwa telinga" sahaja dan beberapa bulan atau tahun selepas itu...ianya"dikuburkan".

PUTRAJAYA 27 Ogos - Dalam usaha menembusi pasaran utama di peringkat antarabangsa, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah mengambil alih kepentingan ekuiti 100 peratus dalam Twin Rivers Technologies yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada harga RM241.4 juta bagi menggunakannya sebagai satu platform untuk menembusi pasaran minyak sayur-sayuran Amerika Utara yang lumayan.

“Pengambilalihan itu akan membolehkan Felda menjadi peneraju dalam industri (minyak sayur-sayuran),” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, selepas menyaksikan majlis penandatanganan antara Felda dan Twin Rivers.

Pengambilalihan Twin Rivers, yang merupakan pengeluar ketiga terbesar asid lelemak dan pengeluar terbesar biodiesel di Amerika Utara, akan membolehkan Felda mempelbagai pembabitannya dari segi geografi dan pembangunan produk minyak sayur-sayuran.

Twin Rivers Technologies adalah salah satu pengeluar terbesar dan pengeluar paling pantas berkembang oleokimia di Amerika Utara.

Ia menggunakan minyak sayur-sayuran, yang termasuk minyak sawit, bagi produknya.

Najib juga menyatakan bahawa Felda, sebagai sebahagian daripada pelan pembesaran perniagaan penyajiannya, akan membuka restoran pertamanya November ini di Mekah, yang menghidangkan makanan Malaysia, melalui pelaburan awal 9.0 juta riyal (kira-kira RM8.37 juta).

Perniagaan penyajian itu dilaksanakan oleh anak syarikatnya, Felda D’Saji Sdn Bhd. - Bernama

Read More......

Tuesday, August 14, 2007

Satu Analisis Yang Baik- Sepatutnya Bukan Sekarang Tapi 10 Tahun Yang Lalu Dan Praktikalnya????

Terima kasih dan tahniah kepada wartawan ini di atas tulisannya..namun sepatut dan semestinya kesedaran,keperitatinan dan tindakan telah diambil 10 tahun yang lalu.Kita..masyarakat Malaysia yang telah maju dari pelbagai sudut...sepatutnya merangka plan kerja,tindakan dan pengawalan untuk jangka panjang..bukan selepas berlaku sesuatu "malang" baru mahu bertindak. Tidak berkeupayaan kah kita???Apa yang kita tidak cukup untuk berkeupayaan itu!!! Sebagai contoh mudah...kita dihantui oleh masalah dadah,runtuhnya akidah,rendahnya moral,gejala lepak,mat rempit dan minah rempit....dan sebagainya...sepatutnya satu plan keja dan tindakan yang jelas perlu diambil bagi melahirkan "Masyarakat Malaysia bebas dari kepompong tesebut". Antara langkah dan tindakan yang patut dan mesti dilakukan ialah..semaikan dan berikan didikan dari pra-sekolah tentang bahaya,buruk dan hinanya sikap dan sifat-sifat tadi...jadi untuk 10 hingga 20 tahun akan datang kita akan mendapat hasil yang maksimum....yang menghasilkan rakyat,masyarakat dan pemimpin yang bermaruah. Begitu juga dalam soal kemalangan dijalan raya tadi...rangkakan satu plan didik,tindak dan kawalan yang berkesan untuk jangka masa panjang(unit perancang pembangunan,JKR,Polis,JPJ,Puspakom dan seumpamanya - Mereka mesti merangka kerja,bertindak dalam memikirkan jangka masa depan..lima,sepuluh dan berpuluh tahun akan datang) dan jika ini di praktikkan..kita akan lihat..10 tahun akan datang sekurang-kurangnya....Malaysia tidak lagi menjadikan"JALANRAYA SALAH SATU LOKASI UTAMA KEMATIAN RAKYAT" . Di suasa kini..masyarakat terbanyak melahirkan rasa bimbang kerana dalam banyak kes tindakan dan kawalan dilihat"sekadar tindakan dan kawalan bermusim"hanya untuk menyedapkan hati sahaja tapi praktikalnya "hampeh"...

Prihatin selepas tragedi

Oleh NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)

‘ITULAH kita’. Kemalangan di Kilometer 229.1, Lebuh Raya Utara Selatan di Bukit Gantang, Taiping yang mengorbankan 20 penumpang bas ekspres memberi gambaran siapa kita sebenarnya.

Siapa kita dari sudut penguatkuasaan undang-undang, siapa kita dari sudut pelaksanaan peraturan dan siapa kita apabila memperkatakan perihal nyawanyawa yang terkorban.

Kesimpulannya kita adalah masyarakat prihatin. Cuma keprihatinan kita terserlah selepas malang menimpa. Malah ada kalanya kita menjadi terlalu prihatin dan bertanggungjawab, sehingga dalam masa yang singkat kita dapat menjejaki rekod hitam pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan itu.

Kita berlumba-lumba membuktikan si pemandu ada deretan saman, rekod syarikat juga tidak bersih malah bas yang terlibat dalam kemalangan itu juga tidak lagi sesuai digunakan.

Bagaimana rekod-rekod buruk ini boleh terbongkar dengan begitu mudah dan di mana pula rekod-rekod buruk itu diperap selama ini sehingga tiada tindakan pun diambil terhadap pemandu dan pemilik syarikat yang berkenaan.

Keprihatinan

Mengapa kita begitu dan apakah yang kita cuba buktikan? Sedangkan sebelum kejadian malang itu tiada siapa yang peduli jauh sekali menunjukkan keprihatinan tentang rekod pemandu tersebut, begitu juga dengan rekod bas serta syarikat yang mengendalikan bas berusia 20 tahun itu.

Sebab itu, pemandu yang memiliki 15 saman termasuk dua waran tangkap boleh sahaja meneruskan kerjayanya tanpa rasa gentar walaupun di bahunya terpikul tugas yang amat berat.

Sebab itu juga syarikat bas yang telah menerima 790 saman (mungkin satu rekod) selamba beroperasi mengejar keuntungan mengggunakan khidmat bas yang telah uzur serta pemandu yang hakikatnya layak menggantung lesen.

Peliknya bagaimana bas yang telah empat kali gagal pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. ekoran kegagalan fungsi brek boleh terus dibenarkan mengangkut penumpang.

Seolah-olah nyawa penumpang tidak penting, malah mahu saja disimpulkan bahawa keuntungan lebih penting daripada nyawa manusia yang kini harganya dijaja di lebuh raya. Walaupun tidak terlintas niat untuk ‘membunuh’ tetapi unsur-unsur kecuaian telah ‘dipersetujui’ di peringkat awal lagi sehingga merencanakan kemalangan ngeri itu.

Rentetan daripada kejadian itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Chan Kong Choy mengumumkan program latihan khas penambahan kecekapan bagi semua pemandu kenderaan perdagangan berkuat kuasa serta-merta.

‘‘Saya mahu program ini dilaksanakan serta-merta, kita tidak boleh tunggu lagi, kes seperti ini menarik perhatian umum dan membabitkan banyak nyawa tidak bersalah.

‘‘Kita tidak mahu ada tanggapan bahawa sudah kena baru hendak bertindak jadi selepas ini semua pemandu bas ekspres perlu menjalani latihan kecekapan khas bagi mengelak kemalangan jalan raya,’’ katanya.

Hakikatnya walaupun keputusan memperkenalkan program tersebut menurut menteri itu telah diputuskan beberapa minggu lalu tetapi pengumuman mengenainya dibuat selepas kehilangan 20 nyawa diratapi oleh ibu, suami, anak, isteri dan adik-beradik.

Sebagai masyarakat yang bertindak balas kepada kejadian yang berlaku, timbul pula cadangan pemakaian tali pinggang keledar bagi kenderaan perdagangan terutama bas ekspres.

Mengapa selepas Bukit Gantang? Sedangkan catatan kadar kematian di jalan raya untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini masih hebat malah angka yang melibatkan pemandu serta penumpang bas lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Bukankah sepatutnya semua cadangan itu telah dilaksanakan lebih awal lagi, paling-paling tidak pun selepas kejadian yang mengorbankan enam penumpang bas ekspres yang terhumban ke gaung berhampiran tempat rehat dan rekreasi Sungai Perak, Kuala Kangsar.

Persoalan lebih besar ialah sejauh mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) saling menyalurkan maklumat antara satu sama lain.

Lebih penting lagi sejauh mana maklumat serta laporan yang disalurkan itu dikemas kini sehingga membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berkesan.

Persoalan ini perlu dijawab kerana seakan-akan penyaluran maklumat tidak berjalan lancar sehingga menimbulkan seribu tanda tanya bagaimana pemandu yang sarat dengan saman dan waran tangkap boleh dibiarkan berada di atas jalan raya membawa bersama puluhan nyawa.

Tidak ‘berhargakah’ waran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sehingga pemandu berkenaan layak memperbaharui lesen memandu kenderaan perdagangan? Atau mungkinkah ia disebabkan rekod pemandu berkenaan tidak dikemas kini oleh pihak yang bertanggungjawab sehingga dia terlepas begitu sahaja.

Walaupun mungkin dapatan pasukan penyiasat yang melibatkan pegawai Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros), JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya kelak membuktikan ada unsur kecuaian di pihak pemandu tetapi ia bukan satu-satunya pihak yang mesti disalahkan.

Begitu juga jika hasil siasatan mendapati faktor usia bas ekspres atau faktor jalan raya sekali pun sebagai punca, masih ada lagi pihak yang mesti dipertanggungjawabkan.

Kelalaian pihak berkuasa yang berkenaan membenarkan pemandu ‘bermasalah’ terus berada di jalan raya serta mengizinkan syarikat tersebut daripada terus beroperasi mesti diambil kira. Sebenarnya ‘dosa’ agensi-agensi yang berkenaan jauh lebih besar.

Ke semua pihak itu mempunyai catatan rekod, persoalannya mengapa tiada tindakan undang-undang dikenakan ataupun kita memang menunggu mala petaka ini berlaku baru hendak bertindak. Kita menunggu puluhan nyawa terkorban untuk ‘mengesahkan’ bahawa syarikat tersebut atau pemandu malang itu sememangnya bersalah dari awal lagi. Mungkin kita akan terus membiarkan kesalahan-kesalahan ini berlaku dan kemudian menghukum mereka. Kita bukan masyarakat yang mencegah sebelum parah sebaliknya menunggu parah baru hendak mencegah itu pun sekadar hangat selepas ditimpa mala petaka. Sementara menunggu puluhan nyawa terkorban lagi, kita akan terus berada di zon selesa menyebabkan kotak hitam, demerit, dan pelbagai cadangan lagi terbengkalai begitu sahaja.

Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi Bukit Gantang.

Read More......

tudung yang dipakai oleh isteri Abdullah menjadikannya sebagai alasan kenapa Abdullah tidak layak dilantik sebagai Presiden

ANKARA 14 Ogos – Parti pemerintah berteraskan Islam di Turki, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memutuskan untuk mencalonkan sekali lagi Menteri Luarnya, Abdullah Gul sebagai Presiden walaupun mendapat bantahan kuat sesetengah pihak.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum ini pernah mencalonkan Abdullah tetapi ia ditentang kerana menurut para pemimpin sekular, beliau mempunyai agenda untuk menggantikan corak pemerintahan sekular yang diamalkan selama ini.

Seorang pegawai kanan AKP, Murat Mercan mengesahkan pencalonan Abdullah selepas mesyuarat parti itu, semalam.

“Abdullah adalah seorang negarawan yang berpengalaman dan saya yakin beliau akan berjaya,” kata Murat kepada stesen televisyen CNN-Turk.

Pencalonan Abdullah sebelum ini menimbulkan krisis politik sehingga menyebabkan kerajaan mempercepatkan pilihan raya Parlimen.

Calon yang dipilih itu telah menimbulkan rasa bimbang kepada parti sekular sokongan tentera yang menuduh kerajaan berbuat demikian untuk memperkenalkan kerajaan Islam di Turki.

Parti AKP telah memenangi pilihan raya itu dengan jumlah sokongan majoriti tetapi gagal mendapat sokongan dua pertiga untuk meluluskan pelantikan calon Presiden sendiri pada undian pertama di Parlimen.

Bagaimanapun, Presiden boleh dilantik dengan mendapat majoriti mudah dalam pusingan ketiga pengundian sekiranya kuorum Parlimen mencukupi sewaktu undian berlangsung.

Sementara itu, pemimpin kanan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), Cihan Pacaci mengulangi pendirian bahawa partinya menyokong supaya kuorum dicapai untuk mengelak krisis politik yang baru.

“Saya tidak melihat akan berlakunya kekacauan pada masa depan,” tegasnya kepada stesen televisyen NTV.

Bagaimanapun, pemimpin parti pembangkang utama Turki, PRR, Denil Baykal pula menegaskan bahawa “bukanlah langkah bijak” untuk memilih Presiden yang mempunyai masalah dengan falsafah kerajaan Turki.

Pihak pembangkang baru-baru ini menjadikan tudung yang dipakai oleh isteri Abdullah sebagai isu kontroversi.

Menurut mereka, tudung yang dipakai oleh isteri Menteri Luar itu merupakan simbol politik Islam AKP dan menjadikannya sebagai alasan kenapa Abdullah tidak layak dilantik sebagai Presiden.

Read More......

Malu dan aib - BPR tahan cif inspektor, 6 anggota polis narkotik Sentul


KUALA LUMPUR 14 Ogos – Tujuh anggota polis termasuk seorang berpangkat cif inspektor dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini yang dipercayai melakukan jenayah ‘rasuah berkumpulan’ ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Kepong, dekat sini malam Khamis lalu.

Utusan Malaysia difahamkan, kesemua suspek berusia di antara 20-an hingga 40-an itu dipercayai telah meminta RM13,000 daripada seorang lelaki dalam satu operasi dadah di sekitar Kepong pada 8 Ogos lalu.

Sebagai dorongan agar tidak ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya, mangsa telah memberi RM8,000 kepada kesemua suspek sebagai suapan pada hari berkenaan.

Ekoran tidak berpuas hati dengan jumlah RM8,000 itu, mangsa telah diminta untuk melunaskan baki RM5,000 lagi.

Pada keesokan harinya, mangsa telah didatangi salah seorang anggota terbabit di rumahnya di Kepong pada kira-kira pukul 8 malam.

Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai melaporkan perkara tersebut kepada BPR yang kemudiannya memasang perangkap untuk menahan anggota terbabit.

Berikutan penahanan itu, enam yang lain termasuk seorang pegawai berpangkat cif inspektor ditahan kemudiannya.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 11(a), Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana kesalahan menerima rasuah.

Bagaimanapun, kesemua mereka telah dibebaskan atas jaminan BPR.

Sementara itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Read More......

Saturday, August 11, 2007

Maut - Terbakar Kerana Menggunakan Api Lilin???


Kenyataan 1
Lima hari lalu bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana suaminya, Kasmuri, tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.Sejak itu mereka sekeluarga menggunakan lilin dan api lilin itu dikatakan menjadi punca kebakaran tersebut.
Kenyataan 2 Jiran-jiran keluarga itu mendakwa ibu mereka, Sufiah pernah mengadu keluarganya kesempitan kerana wang banyak dibelanjakan untuk membiayai pendidikan anak-anaknya.
KLUANG 10 Ogos.Utusan Malaysia Online melapurkan satu kebakaran yang meragut lima nyawa termasuk ibu dan bapa.Amat menyayatkan hati...teutama melihat kepada anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan pengorbanan ibu bapanya terhadap pendidikan anak-anaknya.

Menyentuh tentang punca berlaku kebakaran ialah "dari api lilin" lagi sedih dan malu.Ini kerana menurut jirannya...bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana suaminya, Kasmuri, tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.Sejak itu mereka sekeluarga menggunakan lilin dan api lilin itu dikatakan menjadi punca kebakaran tersebut.

Di mana letaknya nilai ihsan dan adil TNB? Orang kampung yang pendapatan tak seberapa dan sedikit tunggakan kerana disebabkan oleh desakan kesusahan hidup "dipotong bekalan elektrik"..tapi bagaimana pula dengan syarikat - syarikat besar yang berpuluh-puluh ribu RM tidak menjelaskan bil...???? Tak dipotong pun??? Sedih!!!! Sekarang baru berlumba-lumba pelbagai pihak nak tolong dan bantu....sebelum ini????

Baca artikal sebenarnya.

Read More......

Wednesday, August 8, 2007

'Merdeka Statement' cuba rombak kedudukan istimewa Islam dan Melayu

'Merdeka Statement' cuba rombak kedudukan istimewa Islam dan Melayu

Lagi berita yang mengusarkan kita sebagai umat islam yang cintakan islam dan kesinambungan islam.Memetik artikal harakah daily.....

Dokumen The Merdeka Statement oleh Pusat Kajian Polisi Awam , dibawah ASLI ( Institut Kepimpinan Strategik Asia) yang dilancar pada 2 hb Ogos 2007 di Hotel Eastin , KL sekali lagi membawa masyarakat Malaysia kepada kontrovesi yang tidak perlu.

Dokumen itu telah dilancar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Bernard Gulik Dompok. Atas nama sempena menyambut kemerdekaan 50 tahun negara ( 44 tahun selepas pembentukan Malaysia) , pusat ini dikatakan telah mengumpulkan pandangan dari 42 buah badan bukan kerajaan mengenai pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia. Awalnya deraf dokumen itu ditulis oleh Pengerusi CPPS Tan Sri Dato' Dr.Ramon V.Navaratnam .

Dalam ucapan pelancaran Bernard telah menegaskan bahawa negara ini tidak pernah bertujuan untuk menjadi negara Islam.

Hasilnya ialah sebuah dokumen yang dikatakan membawa semangat Agenda Malaysia Baru untuk membawa negara dalam perjalanan 50 tahun mendatang.

Dokumen ini mengunkap 8 agenda Malaysia baru yang antara lain dicatat mengenai pengukuhan perpaduan nasional.

Inti kepada dokumen ini adalah untuk menegaskan identiti Bangsa Malaysia dalam realiti kepelbagaian etnik yang ada di negara ini.

Sementara ia merupakan sebuah inisiatif untuk mengenengahkan ide perpaduan dan kesaksamaan, apa yang jelas ialah dokumen itu cuba merombak tafsiran kepada kenyataan masyarakat Malaysia yang ada masakini.

Dalam muka surat 8, mengenai agenda mengukuhkan perpaduan nasional ia mencatat " bagaimanapun akhir-akhir ini, keadaan perpaduan semakin menipis. Pemisahan etnik, bahasa dan agama semakin menajam , menyebabkan ramai yang terguris di negara ini..." (terjemahan).

Cuba mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera

Lantaran itulah dokumen ini menyarankan Panel Perunding Perpaduan Nasional dijadikan sebuah Suruhanjaya yang berkuasa untuk menilai semula undang-undang , dasar dan implementasi dasar yang menyekat perpaduan , menyiasat aduan mengenai diskriminasi etnik , bahasa dan agama sama ada dalam sektor kerajaan mahupun sektor publik.

Suruhanjaya ini dicadangkan bertanggungjawab kepada Parlimen. Ditegaskan lagi semua polisi negara yang sedia ada dan yang akan digubal selepas ini hendaklah selaras dengan Perlembagaan dan Rukunegara.

Kami melihat dokumen ini sedang cuba meniti persoalan yang akan merentas ketetapan yang sudah dimuktamadkan dalam kontrak sosial yang disepakati sejak negara ini dibina.

Dengan mengguna alasan menentang diskriminasi dan menuntut hak sama rata , CPPS cuba dengan halus untuk merempuh asas yang sedia ada iaitu hak istimewa bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan. Yang nyata ialah dokumen ini cuba atas nama menolak diskriminasi mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera.

Gambaran seolah kaum lain telah didiskriminasikan terbayang dalam pernayataan ini. Dengan itu ia mengusulkan agar apa-apa dasar yang memberi ruang lebih kepada kaum bumiputera hendaklah diketepikan.

Kami menegaskan sehingga 50 tahun negara ini merdeka , yang jelas kaum lainlah yang sebenar telah mendapat manfaat yang jauh lebih mantap. Cuba lihat dalam apa sahaja bidang ekonomi yang ada di negara ini , siapakah yang sebenarnya mendapat sebahagian besar dari kek ekonomi : dalam sektor pembuatan , pengangkutan , industri pengiklanan , percetakan , pemakanan , pertanian dan perladangan , industri binaan dan pembangunan perumahan , pembekalan dan perolehan kerajaan , industri perabut , klinik swasta , pemilikan hartanah , institusi kesihatan swasta , industri francise , runcitan , IKS dan restoran , hampir semuanya dikuasai oleh bukan bumiputera.

Lihat sahaja wajah bandaraya , kotaraya dan pekan kecil yang ada di seluruh negara. Siapa yang menguasai ekonomi di bandar-bandar ini?

Siapa yang menduduki premis perniagaan mewah di bandar-bandar seluruh negara sekarang? Untuk mempertahan seorang pengusaha bumiputera Melayu di KLCC sahaja bagaikan nyawa ikan.Padahal bangunan itu didirikan oleh GLC yang ditadbir oleh korporat Melayu.

Dengan tidak perlu mengenengahkan data , secara zahir sahaja sudah cukup untuk kita membuat rumusan , kaum bumiputeralah yang sebenarnya sedang melalui diskriminasi dalam sistem pasaran bebas ini.

Jika IPTA hendak dijadikan ukuran bahawa terlalu banyak kelebihan diberi kepada pengambilan pelajar kaum bumiputera , ia sebenarnya kecil berbanding dengan ratusan ribu pelajar bukan bumiputera yang berada di IPTS dalam negara dalam luar negara. Di IPTA sendiri akibat dasar meritokrasi dilaksanakan , bilangan kaum bumiputera dalam kursus kritikal kini semakin berkurangan.

Malah secara realitinya tidak ada negara yang memberi ruang seluasnya untuk etnik lain dari kaum pribumi berkembang sebegini subur selain Malaysia.

Perhatikan sahaja apakah negara jiran membenarkan sekolah jenis kebangsaan boleh didirikan dan diberi bantuan sepenuhnya dalam sistem pendidikan formal seperti yang ada di negara ini?

Ditambah lagi negara ini membenarkan pula IPT didirikan oleh parti politik bukan bumiputera tanpa sebarang masalah. Malah institusi ini dibantu lagi oleh kerajaan.

Tidak cukup dengan itu , walaupun ada yang menunjukkan peningkatan bilangan golongan professional Melayu dikalangan akauntan , jurutera , doktor pergigian ,arkitek , doktor dan peguam , pada keseluruhannya hampir semua firma swasta yang mengguna kepakaran golongan ini adalah bukan bumiputera.

Dokumen yang sarat dengan prasangka buruk

TERAS tidak dapat menerima percubaan 42 kumpulan yang diketuai oleh CPPS , ASLI ini berusaha mengambarkan dalam dokumen tersebut seolah-olah kaum bukan bumiputera sedang tertindas oleh sebuah sistem yang dikatakan tidak membantu perpaduan di negara ini.

Paling minima , TERAS mengesan bahawa dokumen ini sarat dengan prasangka buruk terhadap hak istimewa bumiputera di negara ini dan cuba merombak apa yang termaktub dalam Perlembagaan dengan menyisipkan perlunya semangat liberalisasi dan persaingan terbuka dalam asakan globalisasi tanpa batas.

Kami juga memberi perhatian terhadap pernyataan mengenai kebebasan memilih agama yang dituntut oleh dokumen ini . Tersirat dalam dokumen ini ialah tuntutan untuk rakyat dibenarkan mengamalkan kebebasan beragama termasuk dengan membolehkan sesiapa sahaja mahu keluar dari agamanya dan memileh agama lain.

Jelas dokumen ini secara tidak langsung mahu supaya tidak boleh disekat orang Islam untuk keluar dari agamanya (dalam ertikata lain murtad) kerana ini didakwa oleh CPPS dan 42 kumpulan lain sebagai menyekat kebebasan dan mendiskriminasi agama lain.

Kami lihat ini adalah antara tuntutan pokok yang tersirat dalam dokumen ini kerana kumpulan ini telah menganggap suatu ketidakadilan berlaku dalam beberapa kes yang dibicara dimahkamah mengenai murtad.

Sebagaimana yang telah dipertegaskan , TERAS nmelihat dokumen ini mempunyai unsur perpanjangan dari tuntutan mendirikan Interfaith Commission (IFC) yang pernah diketengahkan dan ditolak oleh rakyat.

Jika tuntutan ini diperakui oleh kerajaan ia jelas boleh membawa pelbagai implikasi lain termasuk mengenai kedudukan undang-undang syariah ,bidangkuasa mahkamah syariah dan penguatkuasaan enakmen jenayah syariah yang ada di negeri-negeri.

TERAS menolak dengan keras usaha ini yang cuba berselindung disebalik hujah perpaduan nasional, hak asasi manusia dan kesaksamaan gender seperti yang sering dilaungkan oleh golongan yang berfaham sekular-liberal ini.

Kami mendesak agar pihak kerajaan dan rakyat mengambil sikap tegas terhadap mana-mana usha yang cuba merombak asas kedudukan istimewa bumiputera dan Islam di negara ini.

Presiden,
TERAS Pengupayaan Melayu

Read More......

Xpax Siapa Kata’ - Jom Kita Sama-Sama Guna Celcom!!!

Faedah baru pelanggan Celcom


CELCOM (Malaysia) Bhd (Celcom), melancarkan kempen ‘Xpax Siapa Kata’ yang menawarkan kadar baru panggilan untuk pakej prabayarnya sebanyak 35 sen setiap panggilan, menjadikannya paling rendah dan murah pernah ditawarkan di pasaran berbanding pesaingnya.

Selain kadar panggilan terendah, pelanggan juga menikmati kadar khidmat pesanan ringas (SMS) termurah iaitu 1 sen setiap satu SMS tanpa had hanya selepas waktu tengah malam hingga jam 6 pagi. Berita lanjut

Read More......

RM285 harga seorang manusia??????

TANJUNG PINANG (Indonesia): Hanya 750,000 rupiah (Rp) atau kira-kira RM285 satu kepala! Itulah nilai ditetapkan pedagang manusia bagi setiap pekerja Indonesia yang dijual sebelum dihantar ke luar negara termasuk Malaysia untuk dijadikan buruh dan pekerja seks.

Sebahagian daripada pekerja terbabit, terutama wanita muda awal 20-an diperdagangkan daripada satu tangan ke tangan lain sejurus mereka tiba di pelabuhan di sini, sama ada baru tiba dari kampung halaman di luar Kepulauan Riau atau Malaysia selepas ditangkap kerana bekerja secara haram.

Kegiatan penjualan manusia termasuk untuk dijadikan pekerja seks, sebenarnya bukan semakin berkurangan, malah kian membimbangkan apabila sindiket terbabit kini dikesan menggunakan pelbagai taktik dan strategi mengaburi pihak berkuasa.

“Mereka semakin licik hingga kes perdagangan manusia kini semakin kompleks dan sukar dibanteras,” kata Ketua Komisi II Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Kepulauan Riau, Andi Anhar Chalid kepada Harian Metro di sini, semalam.

Lebih malang, katanya, kegiatan itu turut membabitkan petugas di jabatan kerajaan yang terbabit dengan urusan penghantaran tenaga kerja Indonesia secara rasmi ke luar negara, terutama Malaysia.

Menurutnya, tenaga kerja Indonesia (TKI) sering menjadi mangsa kegiatan tidak berperikemanusiaan itu akibat kedangkalan pengetahuan mereka sendiri yang tidak tahu langsung prosedur dan keperluan untuk bekerja di luar negara.

Bahkan, sebahagian daripada mereka tidak tahu menulis serta membaca dan hanya mengikut arahan anggota sindiket atau calo apabila disuruh menurunkan tandatangan pada kertas kosong yang kononnya dokumen perjanjian pekerjaan di luar negara.

Andi Anhar berkata, selain kakitangan jabatan kerajaan, kegiatan memperdagangkan manusia turut membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) di daerah bersempadan dengan Malaysia termasuk di Pulau Bintan dan Batam.

“NGO yang ada juga tidak berapa jelas (meragukan), bahkan mereka sendiri mengambil kesempatan terhadap TKI dan TKW (tenaga kerja wanita) yang sepatutnya mereka lindungi.

“Daripada apa yang saya diberitahu, seorang TKI atau TKW dijual sekitar 750,000 rupiah dan ada antara mereka diperdagangkan sebaik tiba di pelabuhan di sini, sejurus dihantar pulang pemerintah Malaysia.

“Kejadian ini sungguh menyedihkan kerana tenaga kerja terbabit benar-benar memerlukan wang untuk menanggung keluarga di kampung halaman mereka.

“Hampir semua mangsa tenaga kerja dari luar Kepulauan Riau terutama dari Pulau Jawa, Sumatera, Irian Jaya, Nusa Tenggara Barat, Sulawesi dan Kalimantan,” katanya.

Andi Anhar berkata, setiap bulan ratusan pekerja Indonesia yang ditangkap kerana didapati memasuki Malaysia dan bekerja secara haram dihantar pulang melalui pelabuhan Tanjung Pinang.

Jumlah itu tidak termasuk pekerja yang diselamatkan daripada cengkaman pedagang manusia sebelum berangkat ke Malaysia.

Mereka ditempatkan sementara di pusat penampungan di pulau ini sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menurutnya, kehadiran TKI dan TKW serta mangsa perdagangan manusia itu menjadi masalah yang membebankan pemerintah daerah ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan membiayai makanan ketika di pusat penampungan dan kos penghantaran pulang ke daerah asal mereka.

Read More......

Bercuti - Di Kolam Air Panas,Ulu La,Besut,Trg.

Read More......

Tuesday, August 7, 2007

CCRIS ganti CTOS

PUTRAJAYA 6 Ogos – Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) akan dihubungkan secara terus dengan sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) Bank Negara Malaysia untuk memudahkan agensi kerajaan dan institusi kewangan menyemak latar belakang orang ramai yang ingin memohon pinjaman.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas berkata, JIM turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan mahkamah bagi menyemak status peminjam yang diisytiharkan muflis.
Menurutnya, pihak bank dan agensi kerajaan yang ingin mendapatkan maklumat terkini peminjam hanya dikenakan bayaran RM10.
‘‘Peminjam yang diisytiharkan bebas daripada muflis juga boleh membersihkan nama mereka di JIM secara serta-merta dalam tempoh kurang sehari.
‘‘Kita tidak letakkan tempoh tertentu kepada JIM untuk mengemas kini data peribadi orang ramai tetapi usaha sedang giat dilakukan bagi tujuan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kayveas berkata, langkah itu diambil bertujuan memudahkan pihak bank dan agensi kewangan melakukan semakan tanpa perlu lagi merujuk kepada Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi amaran kepada CTOS supaya tidak menjadi penghalang kepada orang ramai untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan.
Najib dipetik sebagai berkata, CTOS tidak harus mencengkam orang ramai dengan mengemukakan maklumat tidak terkini sehingga boleh menyebabkan orang ramai disenaraihitamkan oleh institusi kewangan.
Ditanya tentang aduan yang diterima JIM mengenai CTOS setakat ini, Kayveas berkata, menerusi laman web www.insolvency.com.my, JIM sudah menerima lebih 4,000 aduan terhadap CTOS.
‘‘Kita akan jawab semua soalan yang dikemukakan tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jawab kerana saya tidak berada dalam Kabinet seperti desakan orang ramai supaya CTOS ditutup terus,” katanya.
Terdahulu, Kayveas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Putrajaya (PFA) bagi mematuhi arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melarang menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen memegang jawatan dalam persatuan sukan.
Mengulas mengenai peletakan jawatannya dalam PFA, Kayveas berkata, beliau menghormati dan akur dengan arahan Perdana Menteri supaya melepaskan jawatan dalam persatuan sukan.
‘‘Saya pegang jawatan ini sejak 26 Disember 2004. Saya telah menulis surat untuk melepaskan jawatan pada 30 Julai lalu kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab,” katanya.

Read More......

Sunday, August 5, 2007

Nik Aziz tolak syor Cuepacs

KOTA BHARU 4 Ogos – Menteri Besar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang meminta kerajaan memendekkan waktu bekerja wanita kepada setengah hari sahaja sepanjang bulan Ramadan yang akan disambut mulai 14 September ini.
Beliau berkata, masyarakat perlu menukar persepsi bahawa Ramadan adalah bulan untuk bekerja dan beribadat bukannya masa untuk berehat. Artikal lanjut.

Read More......

Nenek 56 tahun terima ijazah

Satu berita pelik tapi benar dan ianya memberi satu cabaran tan tamparan kepada golongan muda....


“Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna dalam hidup saya dan berharap kejayaan ini mengubah persepsi bahawa menimba ilmu bukan untuk orang muda sahaja,” kata Cecilia Ong See Kiaw ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu.

KUCHING 4 Ogos – Seorang nenek berusia 56 tahun merupakan graduan paling tua yang menerima ijazah pada majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan, hari ini.
Cecilia Ong See Kiaw, dari Kuching yang mempunyai seorang cucu perempuan berusia hampir dua tahun, menerima ijazah dalam bidang Pengurusan Korporat dan Perniagaan. Baca selanjutnya.

Read More......

Hospital Selayang kecoh paip pecah

Satu Kenyataan.

Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika dihubungi berkata, kejadian paip pecah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Kira-kira dua bulan selepas insiden kebocoran paip air kumbahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah, hari ini satu lagi kes paip pecah berlaku di tingkat tiga Hospital Selayang yang menempatkan Unit Fisioterapi.
Kejadian itu menyebabkan hampir keseluruhan wad kecemasan di tingkat bawah ditakungi air dan kebanyakan komputer rosak ekoran air mengalir ke wad tersebut menerusi siling bangunan. Baca artikal selanjutnya.

Read More......

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj