KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh)- Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibidas sekali lagi kerana didakwa berbohong tentang kebajikan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Parlimen baru-baru ini.
Abdullah dilaporkan berkata:"Walaupun tindakan tegas terhadap individu-individu yang dikenal pasti menggugat kenteteraman awam dan menggugat keselamatan negara, pihak kerajaan tetap prihatin terhadap kebajikan tahanan...Bantuan kewangan kira-kira RM200 akan disalurkan kepada keluaraga OKT (Orang Kena Tuduh) setelah dipertimbangkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat."
Abdullah difahamkan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Ismail Noh di Parlimen 21 November lalu.
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menafikan kenyataan bertulis beliau seolah-olah kerajaan begitu prihatin dengan masalah kebajikan mangsa keluarga tahanan ISA sedangkan realiti yang berlaku adalah sebaliknya.
"Ini satu lagi pembohongan lanjutan kerana sebelum ini kerajaan mendakwa bahawa tiada individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan medianya.
"Realitinya beberapa kesusahan yang dihadapi keluarga mangsa tidak mendapat sokongan moral, bantuan kebajikan apatah lagi kaunseling seperti yang didakwa kerajaan." katanya.
Antara contoh yang dikemukakan GMI ialah seorang anak tahanan menghidapi gangguan mental yang berat dan telah dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) malah dokotor turut mengesahkan penyakit yang dihidapinya berpunca daripada perpisahan yang begitu lama antara anak dengan ayahnya yang ditahan ISA.
"Kerajaan mengetahui perkara itu namun tiada sebarang bantuan kebajikan mahupun kauseling diberikan," katanya Syed lagi.
Selain itu ada keluarga yang hilang perkerjaan dan tidak dapat meneruskan perniagaan, malah rumah terpaksa dilelong dan lebih memburuk lagi keadaan, dilaporkan seorang isteri tahanan ISA telah bertekad untuk berkerja di kelab malam bagi menyara anaknya yang berusia satu tahun.
Wanita tersebut kata Syed kini sudah terjebak dengan gejala minum arak dan najis dadah sedamgkan beliau seorang Islam.
"Terdapat juga beberapa orang anak tahanan yang telah berhenti sekolah buat sementara waktu kerana trauma dan tidak mampu menanggung yuran dan perbelanjaan sekolah. Tidak sebarang kebajikan dan sokongan moral daripada kerajaan, hanya yang ada GMI dan masyarakat prihatin sahaja membantu" katanya.
GMI dalam pada itu menyeru Perdana Menteri dan KKDN supaya melaporkan fakta dan hakikat sebenar keadaaan tahanan dan keluarga mereka malah dengan tegas menggesa supaya mereka dibebaskan kerana telah mencabuli hak asasi manusia dan perlindungan perlembagaan negara.
Sebelum ini GMI turut menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok mendakwa bahawa tiada individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pembohongan yang nyata dan begitu dikesali.
"Mengikut statistik dan rekod yang ada sejumlah 57 individu yang telah ditahan semasa era Abdullah manakala seramai 73 tahanan sedia ada telah dilanjutkan lagi tempoh tahanannya selama dua tahun," kata Syed dalam satu kenyataan medianya yang membidas pendedahan Bernard.
"Tahun ini sahaja empat orang telah ditahan di bawah akta tersebut atas isu khabar angin rusahan perkauman di Johor manakala lima pula ditahan kerana didakwa terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI)," katanya.
Tambahnya, sehingga kini ada di kalangan tahanan ISA sudah melangkaui tempoh tahanan menjangkau 5 dan 6 tahun ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting, Taiping Perak.
Friday, November 23, 2007
Kebajikan keluarga tahanan ISA: PM berbohong lagi!
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:44 AM
Labels: Politik Negara Kita