Sikap pembangkang yang 'kabur' terhadap pembangunan pesat di Kelantan khususnya di Bandar Kota Bharu dibidas kerana masih menganggap PAS tidak membuat sebarang pembangunan sepanjang parti itu memerintah Kelantan selama 17 tahun.
Sebaliknya, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra bin Almarhum Al-Sultan Yahya Petra, dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh yang keempat Dun Kelantan ke-11, memuji pembangunan pesat yang terdapat di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa memberitahu, pembangkang langsung tidak mengulas titah Sultan Kelantan yang memuji pembangunan pesat yang terdapat di negeri.
"Sesetengah yang berhormat langsung tidak nampak pujian yang diberikan oleh Tuanku pada kerajaan negeri, apa sebabnya saya pun tak tahu,' ujarnya.
Husam berkata demikian ketika menggulung perbahasan menyokong titah ucapan Sultan Kelantan Khamis lalu.
Difahamkan, ucapan berkenaan sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Annuar Musa yang juga (BN-Kok Lanas), berkata Kelantan masih tidak membangun walaupun sudah 17 tahun memerintah Kelantan.
Ketika berucap mengambil bahagian menyokong titah ucapan Sultan Selasa lalu, Annuar mendakwa Kelantan masih mundur serta rakyatnya masih dihimpit kemiskinan.
Menurut Husam lagi, baginda Sultan memuji perkembangan pesat bandar Kota Bharu yang dapat dilihat oleh semua pihak.
Tegasnya, pengusaha tempatan adalah antara mereka yang terlibat membina pelbagai jenis kedai termasuk agensi kerajaan negeri membina pusat dagangan sehingga ianya mengubah lanskap Kota Bharu dengan begitu pesat.
Tambahnya, Wakaf Che Yeh yang dahulunya tempat pembuangan sisa kilang getah, kini bertukar wajah apabila diisi dengan bangunan perniagaan baru, masjid, asrama tahfiz, pasar yang kini hampir siap.
"Ini adalah contoh kejayaan yang disebut tuanku dan saranan baginda itu juga akan dapat menjadikan semangat untuk kami meneruskan tanggungjawab terhadap rakyat, insyaallah," ujarnya.
Husam seterusnya memberitahu, pandangan tuanku supaya kerajaan negeri menubuhkan satu Holding Company untuk menguruskan hartanah di bawah satu agensi utama, amat tepat.
Husam turut menyelar Ketua Pembangkang itu apabila disifatkannya sebagai lebih sudu dari kuah kerana banyak kritikan sewaktu menyampaikan ucapan sehingga ianya lari dari teks asal.
"Setakat ini apa yang saya faham, tuanku bermaksud hartanah milik pelbagai agensi itu boleh terus dimiliki oleh agensi tersebut, tetapi untuk tujuan skala ekonomi, ia boleh menghasilkan pengurusan yang lebih berkesan dan hasil yang tinggi," ujarnya lagi.
Terdahulu ketika memulakan ucapannya, beliau mendakwa Kelantan satu-satunya dewan undangan negeri yang menyiarkan persidangannya secara langsung yang dapat diikuti melalui siaran internet, iaitu Kelantan tv dan ipglobal.tv.
Tambahnya, ia satu bukti ketelusan kerajaan Kelantan di mana semua perbahasan disiarkan secara langsung tanpa sebarang saringan.
"Dewan Rakyat sendiri tidak melaksanakan siarang langsung persidangannya," ujarnya
Friday, November 23, 2007
Ketua Umno Kelantan tidak faham titah Sultan
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:45 AM
Labels: Politik Sempit
Kebajikan keluarga tahanan ISA: PM berbohong lagi!
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh)- Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibidas sekali lagi kerana didakwa berbohong tentang kebajikan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Parlimen baru-baru ini.
Abdullah dilaporkan berkata:"Walaupun tindakan tegas terhadap individu-individu yang dikenal pasti menggugat kenteteraman awam dan menggugat keselamatan negara, pihak kerajaan tetap prihatin terhadap kebajikan tahanan...Bantuan kewangan kira-kira RM200 akan disalurkan kepada keluaraga OKT (Orang Kena Tuduh) setelah dipertimbangkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat."
Abdullah difahamkan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Ismail Noh di Parlimen 21 November lalu.
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menafikan kenyataan bertulis beliau seolah-olah kerajaan begitu prihatin dengan masalah kebajikan mangsa keluarga tahanan ISA sedangkan realiti yang berlaku adalah sebaliknya.
"Ini satu lagi pembohongan lanjutan kerana sebelum ini kerajaan mendakwa bahawa tiada individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan medianya.
"Realitinya beberapa kesusahan yang dihadapi keluarga mangsa tidak mendapat sokongan moral, bantuan kebajikan apatah lagi kaunseling seperti yang didakwa kerajaan." katanya.
Antara contoh yang dikemukakan GMI ialah seorang anak tahanan menghidapi gangguan mental yang berat dan telah dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) malah dokotor turut mengesahkan penyakit yang dihidapinya berpunca daripada perpisahan yang begitu lama antara anak dengan ayahnya yang ditahan ISA.
"Kerajaan mengetahui perkara itu namun tiada sebarang bantuan kebajikan mahupun kauseling diberikan," katanya Syed lagi.
Selain itu ada keluarga yang hilang perkerjaan dan tidak dapat meneruskan perniagaan, malah rumah terpaksa dilelong dan lebih memburuk lagi keadaan, dilaporkan seorang isteri tahanan ISA telah bertekad untuk berkerja di kelab malam bagi menyara anaknya yang berusia satu tahun.
Wanita tersebut kata Syed kini sudah terjebak dengan gejala minum arak dan najis dadah sedamgkan beliau seorang Islam.
"Terdapat juga beberapa orang anak tahanan yang telah berhenti sekolah buat sementara waktu kerana trauma dan tidak mampu menanggung yuran dan perbelanjaan sekolah. Tidak sebarang kebajikan dan sokongan moral daripada kerajaan, hanya yang ada GMI dan masyarakat prihatin sahaja membantu" katanya.
GMI dalam pada itu menyeru Perdana Menteri dan KKDN supaya melaporkan fakta dan hakikat sebenar keadaaan tahanan dan keluarga mereka malah dengan tegas menggesa supaya mereka dibebaskan kerana telah mencabuli hak asasi manusia dan perlindungan perlembagaan negara.
Sebelum ini GMI turut menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok mendakwa bahawa tiada individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pembohongan yang nyata dan begitu dikesali.
"Mengikut statistik dan rekod yang ada sejumlah 57 individu yang telah ditahan semasa era Abdullah manakala seramai 73 tahanan sedia ada telah dilanjutkan lagi tempoh tahanannya selama dua tahun," kata Syed dalam satu kenyataan medianya yang membidas pendedahan Bernard.
"Tahun ini sahaja empat orang telah ditahan di bawah akta tersebut atas isu khabar angin rusahan perkauman di Johor manakala lima pula ditahan kerana didakwa terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI)," katanya.
Tambahnya, sehingga kini ada di kalangan tahanan ISA sudah melangkaui tempoh tahanan menjangkau 5 dan 6 tahun ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting, Taiping Perak.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:44 AM
Labels: Politik Negara Kita
Polis gelar wartawan 'anjing'
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan perlu memohon maaf kepada para wartawan atas tindakan seorang pegawainya berpangkat ASP yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada sekumpulan 15 wartawan yang membuat liputan satu kes pembunuhan di Baling semalam.
Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi, Anuar Tahir berkata tindakan pegawai polis tersebut seharusnya dipandang berat kerana polis adalah merupakan agensi kerajaan yang paling penting.
"Saya sangat terkejut, bagaimana seorang pegawai polis berpangkat ASP boleh menggelarkan wartawan sebagai 'anjing' dan ia dalam sebuah negara yang telahpun 50 tahun mencapai kemerdekaan, di mana kebebasan medianya kian tersekat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Jelasnya, walau apapun jawapan yang bakal diberikan oleh Musa bagi menerangkan situasi ini, beliau melahirkan kekesalan dengan tindakan pegawai polis tersebut yang disifatkan sebagai tidak bertamadun.
"Benarlah kata orang bahawa Malaysia ialah sebuah negara polis," katanya menyokong kenyataan sesetengah pihak sebelum ini.
Anuar juga melahirkan rasa kehairanan dengan tindakan pihak polis yang menghalang para wartawan bagi menjalankan tugas mereka, sedangkan terdapat banyak lagi kes yang lebih teruk pernah dilaporkan berlaku sebelum ini.
"Kerajaan pernah menganjurkan kempen 'Budi bahasa budaya kita' kepada rakyat, tetapi kita dapat lihat sendiri pegawai-pegawai tertinggi kerajaan pun menggunakan kata-kata kesat dan tidak sesuai, termasuklah di dalam Dewan Rakyat," katanya lagi.
Bahkan ujarnya lagi, di mana-mana negara dunia ini wartawan adalah golongan yang dihormati kerana mereka adalah golongan yang berperanan untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sesuatu tempat tanpa menghiraukan risiko termasuk mengancam nyawa mereka.
Oleh itu, Anuar menyarankan agar Musa harus membuat siasatan segera kes tersebut seterusnya mengambil tindakan ke atas pihak yang bersalah.
"Polis tersebut gagal mempamerkan sikap sivik dan bertamadun. Malah mereka bertindak melampaui bidang tugas yang telah diperuntukkan," katanya tegas.
Semalam, sekumpulan wartawan yang terbabit telahpun membuat laporan di Balai Polis Tawar, Baling setelah pegawai polis bertindak mengusir mereka dari tempat kejadian dengan perkataan "anjing".
Pegawai polis berkenaan juga didengar mengarahkan anggotanya melepaskan anjing pengesan dari Unit Anjing (K9) untuk tujuan menghalau wartawan.
Kejadian itu berlaku selepas Ketua Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad mengadakan sidang akhbar di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, polis menemui mayat dua lelaki di Ladang Kelapa Sawit Bukit Hijau pada pukul 10.43 pagi semalam dan kumpulan wartawan itu yang berada di tempat kejadian sejak pukul 8 pagi tidak dibenar merakamkan gambar walaupun berada di luar kawasan larangan polis.
Ketika jurufoto dan wartawan cuba merakam gambar apabila mayat berkenaan dimasukkan ke dalam kenderaan polis, pegawai polis itu menjerit "jangan masuk anjing" dan "lepaskan anjing".
Wartawan Kosmo, Othman Yahya, 45, berkata sepatutnya pegawai berkenan mencontohi Mohd Zakaria yang melayani wakil media dengan baik.
Wartawan akhbar Tamil Nesan, ML Maran, 56, berkata selama bertugas sebagi wartawan inilah pertama kali dia berdepan dengan seorang pegawai polis yang tidak menghormati tugas wartawan.
Pengerusi Kelab Media Kedah Mohd Zahari Morad berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu hari ini.
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 1:42 AM
Labels: Politik Negara Kita
Saturday, November 10, 2007
Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
| |
Tarikh : 10 November 2007 1.BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. 2.Hanya menerusi pilihan raya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Selagi mana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci 'semak dan imbang' dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah. 3.Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihan raya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya. Selepas pilihan raya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihan raya-pilihan raya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan. 4.Proses pengendalian pilihan raya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihan raya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera. 5.Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya: a.Sistem pilihan raya: i.Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64 peratus boleh diterjemahlkan kepada 91 peratus kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas 'First-Past-The-Post' atau 'Yang-Pertama-Melepasi-Tiang' dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan 'agihan-timpang' dan 'curang' atau 'tipu-belit'. ii.Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30 peratus perwakilan wanita di Parlimen terjamin. iii.Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihan raya tempatan dengan sistem pilihan raya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat. b.Pentadbiran pilihan raya: i.Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi ii.Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan c.Penamaan calon dan parti - bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan: i.Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenagnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC); ii.Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil; iii.Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan. iv.Wang deposit pilihan raya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat. d.Kempen pilihan raya – Peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut: i.Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung; ii.Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia; iii.Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah. iv.Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender. e.Media; i.Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional ii.Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta. iii.Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media. f.Kerajaan Sementara atau 'Caretaker' i.Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan. ii.Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihan raya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah. iii.Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman
g.Daftar Pemilih: i.Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’. ii.Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi. h.Undi: i.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda. ii.Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa. 6.Untuk jangka terdekat, BERSIH telah menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan empat pembaharuan yang diperlukan dan boleh dilaksanakan serta-merta: a) Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan. (b)Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda. (c) pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara. (d) akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihan raya. Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu penggunaan dakwat kekal. 7.Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup.Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan.Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan. 8.Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan: a.Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihan raya. b.Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan. Ditandatangani oleh organisasi-organisasi berikut: Parti Politik: 1.Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) (KeADILan) 2.Democratic Action Party (DAP) 3.Parti Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Party) (PAS) 4.Parti Sosialis Malaysia (Malaysian Socialist Party) (PSM) 5.Sarawak Nation Party (SNAP) Pertubuhan Bukan Kerajaan: 1.Save Ourselves (SOS Penang) 2.Tamil Foundation 3.Group of Concerned Citizens (GCC) 4.Citizens’ Health Initiative (CHI) 5.Aliran (reform movement for justice, freedom and solidarity) 6.Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) 7.Jaringan Rakyat Tertindas (Oppressed People’s Network) (JERIT) 8.Pusat Janadaya (EMPOWER) 9.Community Action Network (CAN) 10.Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Malaysian National Society for Human Rights ) (HAKAM) 11.Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA) 12.Malaysian Trades Union Congress (MTUC) 13.Suara Rakyat Malaysia (Voice of the Malaysian People) (SUARAM) 14.Labour Resource Centre (LRC) 15.Pusat Komunikasi Masyarakat (Social Communications Centre) (KOMAS) 16.Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH) 17.Persatuan Ulama Malaysia (Malaysian Ulama Association)(PUM) 18.Women’s Development Collective (WDC) 19.ERA Consumer 20.Centre for Independent Journalism (CIJ) 21.Unit Pemikiran Politik, Institut Kajian Dasar (Political Thought Unit, Policy Research Institute) (UPP-IKD) 22.Malaysian Voters’ Union (MALVU) 23.All-Women’s Action Society (AWAM) 24.Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Students’ Coalition) (GAMIS) 25.Research for Social Advancement (REFSA) 26.Solidariti Mahasiswa Malaysia (Malaysian Students’ Solidarity) (SMM) 27.Gerakan Anti Korupsi (GERAK) 28.Citizen Think Tank 29.Police Watch Committee. |
Posted by Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com at 6:44 AM
Labels: Memorandum