Tuesday, June 26, 2007

Pelawak popular sanggup bertindak di luar batasan

KUALA LUMPUR: Seorang pelawak popular sanggup bertindak di luar batasan apabila menceroboh sebuah rumah sebelum mengamuk dengan memecah barang berharga di dalamnya di Sungai Pelik, Sepang, dipercayai berhubung teman wanitanya.Pelawak berusia lewat 30-an itu dikatakan ditemani hampir 30 lelaki mulanya mahu mencari tuan rumah itu tetapi berang apabila mendapati lelaki terbabit tiada di rumah kira-kira jam 11 malam, baru-baru ini.Metro

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengulas berkenaan dengan tindakan seorang pelawak popular tanahair yang bertindak keterlaluan dan "ala gangster".Menurut laporan metro bertarikh 27 June 2007...seorang pelawak popular tanahair yang bertindak keterlaluan dan "ala gangster.Hal ini sepatut tidak berlaku....dan sepatutnya sebagai seorang pelawak yang menjadi pujaan masyarakat mesti bertindak lebih sopan.
Inilah sebahagian"barah" dalam masyarakat kita hari ini.Masyarakat yang kononnya telah maju dan moden...tapi dalam masa yang sama nilai-nilai kemanusian,homat-hormati dan nilai keagamaan dicampak ketepi.Nilai-nilai positif dan tolak-ansur sudah berkubur di dalam masyarakat kita...sebaliknya telah muncul secara berleluasa dan semacam "cendawan tumbuh" selepas hujan...budaya"terlebih nakal,ketandusan moral,hilang perasaan malu dan segan dan paling ketara ialah bertambahnya budaya samseng dan gangster" di dalam masyarakat.Hal ini berlaku tidak setempat....menyeluruh seluruh negara...kampung atau bandar.
Kepada pihak yang mempunyai kuasa yang mewakili kaum melayu...anda perlu sedar dan bangkit dengan penuh rasa insaf dan bertindak....anda fikirkanlah...jika anda sayang dan kasih kepada kaum sendiri dan agama sendiri....bersatu dan bertindaklah sekarang...jika tidak sepuluh atau dua puluh akan datang...moral dan sosial buruk terhadap bangsa melayu...bukan "barah" lagi..dan dimasa itu mungkin...masa untuk dikubur dan ditalkinkan saja.

Wassalam.

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj