Wednesday, June 27, 2007

'gengster' di Sabah

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Seorang orang ahli perniagaan mendakwa Polis Sabah khususnya di Kinabatangan terlibat dalam usaha melindungi 'gengster' yang melakukan kekerasan terhadap penduduk di daerah itu.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.-->
Hassnar Ibrahim, 55, berkata demikian kerana sudah beberapa kali membuat laporan polis semenjak dua tahun lalu tentang kegiatan gengster namun sehingga kini tidak diambil sebarang tindakan atau menangkap mereka yang terlibat.
"Gengster ini merampas tanah ladang penduduk kampung dengan menggunakan pelbagai kekerasan dan ugutan tapi polis tidak mengambil sebarang tindakan susulan," katanya yang datang ke pejabat Harakah semalam bersama seorang mangsa gengster Hiew Kon Fah.
"Saya mahu katakan bahawa polis bersubahat dengan gengster ini dan atas kenyataan ini, biar polis tangkap saya dan saya akan mendedahkan segala-galanya," dakwanya lagi
Beliau menjelaskan kegiatan gengster ini 'dinaungi' oleh sebuah syarikat perladangan Kwantas Corporation Berhad yang disenaraikan di bursa saham dan penggunaan gengster ini dilakukan adalah bertujuan untuk merampas tanah perladangan milik bumiputera secara paksa biarpun kebanyakannya mempunyai geran.
Malah Kumpulan Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) juga mempunyai saham sebanyak tujuh peratus dalam syarikat terbabit, katanya sambil menunjukkan bukti dokumen yang berkaitan.
Beliau juga telah membuat laporan polis 24 Jun lalu berhubung penyalahgunaan wang KWSP tersebut.
"Saya minta umat Islam khusunya jangan membeli saham Kwantas kerana syarikat itu merampas tanah penduduk di Sabah menggunakan gengster," katanya lagi.
Walaupun akan berdepan dengan risiko ditangkap dan dikenakan tindakan atas Akta Hasutan dengan kenyataannya ini, Hassnar tidak gentar malah bersedia menghadapinya dan mahu segala penyelewengan dan salah laku polis didedahkan kepada umum,katanya.
Hiew Kon Fah merupakan salah seorang mangsa gengster yang menurutnya telah merampas tanah beliau sejumlah 500 ekar walaupun mempunyai geran sebanyak 46 geran atas nama beliau.
"Mereka rampas buah kelapa sawit saya dan melarang saya masuk ke tanah ladang saya ini," kata Hiew lagi
"Jika saya masuk, mereka akan bunuh dan kuburkan saya," katanya yang telah membuat beberapa laporan polis tetapi kesal kerana tiada sebarang tindakan setakat ini.
Hasnnar juga menyelar sikap penakut anggota-anggota Parlimen daripada Sabah kerana gagal memdedahkan isu gengster di Dewan Rakyat seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Sarawak yang berani membongkar masalah gengsterism di Sarawak yang berleluasa setakat ini.
"Mereka penakut dan khuatir tidak dapat keuntungan dan imbuhan daripada projek yang ada diantaranya dibiayai oleh kumpulan gengster," katanya./wann

Saudaraku sekalian..nilailah....masihkah anda tetap bersama dengan BN???

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj